Tuesday 8 May 2012

terapi untuk mama-satu permulaan

Alhamdulillah, apa yang dirancang hampir berjalan lancar.

Malam ni, 8hb may 2012 overnight di bandar kota kinabalu. Esok akan terbang ke LCCT, insyaAllah langsung ke Kuala Selangor. Semoga hajat dan perancangan baik ini akan dipermudahkanNYA.

Selamat malam.

latest update:

Alhamdulillah, seminggu menjalani terapi ibu mengkhabarkan perubahan badannya. kekerapan kencing di malam hari sudah berkurangan, sakit-sakit sendi lutut berkurangan, badan lebih ringan. adik yang memantau prosedur terapi juga akan memantau pola pemakanan harian ibu. InsyaAllah ibu akan berada di sana selama sebulan.

secara peribadi saya lega kerana tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini. apa yang saya hajatkan, setiap peluang yang mungkin membantu kita usahakan. saya tak mahu penyesalan dibelakang hari sebagai mana yang berlaku ke atas arwah ayah. selagi ada peluang kita usaha mana yang perlu.

perkara ini juga memberi satu semangat saya untuk mencari peluang perniagaan dalam bidang kesihatan. ramai kerabat keluarga disekeliling yang memerlukan terapi kesihatan. hospital kerajaan atau klinik tidak mampu memberikan mereka perhatian yang sewajarnya. alternatif lain perlu difikirkan.

saya mahu berbuat sesuatu. apa itu.?

Friday 4 May 2012

jika ada 5minit

assamualaikum, salam sejahtera, salam seantero dunia
seminggu yang lalu sehingga hari ini saya asyik terfikirkan sesuatu.pemikiran itu adalah berkaitan dengn situasi politik yang bergendalangan di negara kita sekarang. saya tahu saya bukan blogger yang tahu banyak perkara dalam hal politik malaysia. pengajian saya tentang negara ini secara rasmi hanya semasa mengambil subjek pengajian am - stpm level.

ini adalah apa yang saya rasa dan terfikir. perasaan melalui tulisan seorang individu yang tidak dikenali dalam arena politik, seorang rakyat biasa yang memang dilahirkan sebagai warganegara malaysia. individu seperti saya ini hanya diperlukan semasa pilihanraya saja, rasanya lah.

saya sejujurnya sangat bertuah, sangat bersyukur dan sangat menghargai menjadi warganegara malaysia. aman, ekonomi dan politik yang stabil, pemimpin yang dedikasi, sistem perlembagaan yang telus dan selayaknya. tapi itu apa yang saya pelajari dalam silibus pengajian am dulu. adakah dalam alam sebenar juga sedemikian. ya, negara ini memang sedemikian rupa, alhamdulillah.

sekiranya saya mampu bercakap dan diberi kesempatan 5 minit untuk meluahkan perasaan,    saya akan mengkhabarkan sedih hati saya tentang perkara berikut:

Saya sedih menonton laporan berita melalui kaca televisyen para pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat bergaduh semasa bersidang. Ada yang mengeluarkan kata-kata kesat, membaling benda, sindir menyindir, caci mencaci. Kadang-kadang tak sanggup tengok, terus tekan channel lain. Terdetik di hati ini, inikah ciri pemimpin yang boleh menjadi contoh kepada rakyat diluar sana. Saya juga adalah seorang ketua, walau lingkungan itu sangat kecil tapi tanggungjwb kepimpinan itu tetap sama. Ibarat seorang ayah sebagai pemimpin dalam sebuah keluarga, disarankan memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anaknya. Kegagalan menjaga keharmonian keluarga biasanya dikaitkan dengan corak kepimpinan ibu bapa; anak kurang pendidikan, terlibat gejala sosial, tiada motivasi. Semua itu berbalik kepada ibu bapa. Jadi, apa bezanya dengan kepimpinan negara kita. Konsepnya tetap sama. Rakyat tidak berpuas hati, memberontak, demonstrasi, keruntuhan akhlak. Kepada siapa rakyat harus menteladani perkara yang baik jika tidak melihat itu pada kerua mereka. Kita cuba telusuri kepimpinan Rasulullah dan para sahabat beliau, tidak semua tetapi memadailah sedikit dari peribadi dan gaya kepimpinan beliau kita teladani.

Saya juga amat sedih dan terkilan apabila setiap kali menjelang pilihanraya ada sahaja isu salah laku pemimpin yang highlighted dalam media. Kenapa harus demikian? Kesahihan laporan ini hanya Allah, si pelaku dan si pelapor yang tahu. Jika laporan itu benar, kenapa harus seorang pemimpin dan individu muslim terlibat dengan perlakuan sumbang tersebut. Mana jati diri kita sebagai pemimpin. Bagaimana hendak mengemudikan bahtera jika nakhoda kapal rapuh. Sungguhpun laporan itu betul, tidak wajar sama sekali pendedahan sebegitu rupa dilakukan. Apa motif? Untuk menjatuhkan reputasi si pelaku? Senjata sulit untuk meraih undi? Mencegah kemungkaran? Apapun alasan dan tujuannya, kita ada saluran yang betul. Negara kita ada undang-undang, ada institusi agama yang boleh kita laporkan tentang perilaku ini. Bila orang kebanyakkan melihat dan membaca laporan ini perkara yang akan keluar dari mulut mereka ialah "asyik-asyik perkara ni".
Jika sekiranya perkara ini tidak benar, itu adalah fitnah. Bila bercakap tentang fitnah, dosanya amat besar sekali kawan-kawanku. Lebih besar dari membunuh. Kita semakin risau, takut dengan balasan dari Allah swt. Apakah saudar-saudaraku sudah lupa dengan kekuasaan Allah SWT. Apabila Allah tunjukkan kemurkaan-NYA, tidak kira siapa atau dimana.

Semoga kita semua mendapat rahmat dari-NYA. Semoga malaysia akan lebih makmur. Amin.