Thursday 28 June 2012

chiffon Dress




Keterangan Produk:
Dress dari bahan siffon dengan sulaman emas pada leher dan lengan baju.
Potongan baju kelawar - batwing
Terdapat satu reben dibahagian dalam baju untuk menyelaraskan baju mengikut badan pemakai
Tidak ada lining - kena pakai tube atau full inner bagi muslimah
Amat sesuai dipadankan dengan seluar; juga skirt labuh bagi muslimah
Free Size - sangat cantik bagi individu yang kurus dan tinggi malah size XL

Stok:
Merah [2pcs]
Purple [2 pcs]

Harga:
RM65/pc [ex postage fee]

Wednesday 27 June 2012

Legging Black and White




Availability:
Size 90 - Black and White [both sold]
Size 100 - available
Size 110 - available
Size 120 - available
Size 130 - available

Price:
RM18/pc - cotton high quality [recommended]
(ex postage fee)

Tuesday 26 June 2012

Wendy & Joyce

Ahad menonton Saffiya di TV9
Saya amat menyukai rancangan ini, rancangan majalah tv. banyak info fesyen muslimah yang boleh diperolehi di sini selain pendedahan maklumat kejayaan dan kerja rakan-rakan di luar.

saya tertarik dengan satu paparan minggu lalu
Wendy-Joyce; seperti kedai online yang biasa kita jumpa cuma apa yang menarik produk yang dijual di sini boleh dikatakan barang paling murah yang pernah saya jumpa dalam jualan online. satu barang boleh pakai untuk lebih 10 style yang berbeza. macam tak percaya je kan.
sumber: wendy-joyce.com


Untuk lebih lanjut cubalah berkunjung ke butik online mereka wendy-joyce.com.


Could you imagine it? Mulanya saya tidak faham apa yang cuba ditonjolkan oleh pengusaha butik ini. bila saya melawat website beliau, owh rupanya begini. apa yang boleh saya katakan ianya ide yang super kreatif dan super jimat. saya cadang nak ambik satu and berusaha untuk menggayakan 20 gaya tersebut. OMG

sumber: wendy-joyce.com

Monday 25 June 2012

Destined Heart

Ada sesiapa yang suka layan ASTRO bella Channel 133?
saya tak pernah layan telenovela channel ini sejak ianya di lancarkan. bukan kerana tidak berminat cuma saya mengelak dari terikat denagn tayangan telenovela yang berjela-jela panjangnya. cukup lah dengan Nada Cinta. saya jenis tidak sabar menanti kesudahan cerita [husks]

Tetapi keadaan berubah apabila pada suatu hari tertekan pula channel ni dan terlihat tayangan telenovela dari Filipina ini. Aduh, Kristen Hermosa dan Jericho Rosales. lama dah tak lihat lakonan mereka. saya lihat info, tajuk Destined Heart atau Dahil May Isang Ikaw [if sebut title dalam bahasa Tagalog lebih umpp rasanya] Tak pasti waktu tu episode keberapa namun bermula saat itu saya mengikat temujanji dengan astro bella.


sumber: google

sumber: google
sumber google



















Apa yang kita akan kenang bila tengok cerita telenovela dari negara jiran itu. Tak kurang bezanya dari cerita sinetron Indonesia. Cuma saya lebih menyukai garapan cerita dari Filipina. mungkin sutradara nya agak kreatif dan prihatin. Boleh tahan telenovela ini. banyak menerima pencalonan dan juga anugerah di luar negara.

Pada saya, beberapa perkara berikut saya boleh rumuskan tentang cerita dari Filipina:

1. cerita tentang percintaan silam yang mempunyai hubungan intim sehingga mempunyai anak luar nikah

2. selain kes anak luar nikah, kes anak tertukar juga kerap berlaku. tak tahu cam na pihak klinik atau hospital buat kerja huhu.

3. anak terpisah dari ibu bapa sejak kecil dan apabila dewasa bercinta atau berkenalan pula dengan keluarga baru ibu atau bapanya yang terpisah dulu.

3. mesti ada wanita jahat yang asyik memikirkan serta menjalankan kerja-kerja jahat yang bertujuan untuk menghancurkan watak wanita baik

4. sebelum watak wanita dan lelaki bersatu akan terjadi banyak cubaan yang perlu diharungi.

selamat menonton.

Friday 22 June 2012

I N O V A T I F



sumber : google
Saya ada terbaca tulisan seorang blogger
Tulisan berkenaan evolusi trend tudung yang pernah dia pakai sehingga sekarang 
saya setuju dengan tulisan beliau cuma ada satu pernyataan yang membuatkan saya berfikir sehingga keesokkan harinya

Tudung Express, Instant Tudung, Tudung dengan hard awning, Tudung Ekin, Tudung Ariani, Pearl Haya dan pelbagai lagi nama yang juga mewakili brand tertentu. Tudung jenis ini telah meletus di Malaysia dan menjadi trend satu ketika dulu. seiring dengan itu para pengusaha tudung memang murah rezeki. semua orang nak beli tudung yang sama

berbalik kepada tulisan blogger tersebut, menurut beliau dia tak minat memakai tudung jenis ini disebabkan pendapat rakanya yang mengatakan tudung itu tudung negara seberang. Yer ker? uhuk [telan air liur]

Sumber: google



sama ada betul atau salah pendapat rakanya itu, jika kita meminati sesuatu fesyen tak perlu mempertikai ianya dari mana. apa yang penting fungsi tudung itu untuk menutup aurat. 

pada pandangan peribadi saya [belum ketemu hasil kajian tentang ini] fesyen tudung atau pakaian muslimah yang tengah IN sangat sekarang ni banyak pengaruh dari negara seberang. mungkin tak ramai individu yang mengakui pernyataan ini, terpulang kepada pendirian masing-masing.

tudung instant ni misalnya, tengah kita di sini hot dengan bawal mereka dah berfesyen dengan tudung ini. malah ada pengakuan my sis sendiri pernah membeli tudung jenis ini yang dijual di sini. ketika itu memang harganya sangat mahal. 

tapi para pengusaha dan pengamal fesyen di sini telah menjalankan inovatif sehingga menghasilkan tudung express yang boleh dikatakan versi Malaysia.

selain tudung ini, saya juga pernah membaca satu tulisan dari majalah karangkraf [tak ingat maka tak dapat quote lengkap] tahun 2008 tentang pengusaha baju atau blouse muslimah. yang mana perusahaan beliau berkembang bermula dari pembelian secara online baju muslimah dari negara seberang itu. bermula dari situ minat beliau untuk menghasilkan baju muslimah sendiri bercambah. sudah tentu beliau melakukan inovasi terhadap hasil rekaannya tapi ide itu tetap dari seberang.

suka atau pun tidak kita harus mengakuinya. bukan saja dari negara seberang juga dari japan, korea, mesir dan lain-lain negara yang mempunyai pengaruh fesyen tersendiri. sama kesnya dengan hasil-hasil rekaan 'inspired by'. mereka tidak malu untuk mengakui nya.
itu bukan meniru tapi menambahbaik
barang baru yang terhasil daripada pembaharuan hasil ide kreatif kita sendiri
kita tidak lari daripada itu.

so, jika kau suka maka katakan suka
peace!!



Friday 15 June 2012

my gurl 1st day

Hari ini merupakan hari kedua anak kecil itu saya hantar ke rumah "pengasuh"
disebabkan kesukaran untuk mendapatkan individu yang bersedia untuk bertugas sebagai pengasuh, maka saya mengambil keputusan untuk bertindak.

selama hampir 3 minggu anak kecil itu membontot saya ke pejabat, saya lihat dia sangat keletihan. balik rumah sebelah petang dia terus meluru mendapatkan barang kesayangannya yang seharian ditinggalkan di rumah.

semalam atau tepatnya tarikh 14.05.2012 saya buat pertama kalinya menghantar dia ke rumah isteri kakitangan sini yang tidak berkerja. sedikit maklumat tentang wanita ini. dari segi umur, wajar saya membahasakannya sebagai kakak. dia berasal dari Malaya, berkahwin dengan orang Sabah. Bila suaminya ditawarkan pekerjaan di sini dia mengikut suaminya berpindah ke Sabah dan kini menetap di sini. dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan anak perempuan saya. cuma dia lahir Januari sementara anak saya ni Ogos.

Hari pertama dihantar pagi tu, anak kecil ni OK. bila saya mohon jalan saya kena katakan padanya saya kena pergi dulu - mama pegi halau babi (kenal dari angry bird). So dia ok, angguk tanda mengizinkan mama nya pergi. jam 9.01am dapat sms dari kak tu, dia nangis. saya bagi tips dan ayat2 untuk bagi dia tidak menangis berlarutan. sepanjang masa dipejabat hari pertama tu, tidak ada sms lain yang diterima.

petang tu bila datang jemput, kak tu laporkan mereka berdua seharian tidak tidur siang. wah! main sangat lah nampaknya. almaklumlah keduanya juga pertama kali mempunyai teman sepermainan dirumah. bila bawa balik petang tu dia tak mahu naik rumah, dengan isyarat dan bahasa tersendiri saya faham yang dia hendak berjalan lagi. saya pun bagi dia masa untuk berjalan dulu. agaknya sebelum jam 6 petang tu kami naik dan mandikan dia.

lepas mandi ingat nak masak sebab plan nak bagi dia makan malam terus. dia dah mula merengek, tak mau ditinggalkan. gaya macam tu memang kebiasaan bila mengantuk. dia masi menyusu badan, maka saya layan kemahuannya. tidak sampai 10minit dia dah terlelap sambil menyusu badan. belum selesai telenovela Destined Hearts tu selesai dia merengek. saya dodoikan semula.

tidak lama dari itu dia kembali terjaga dan kali ini meracau. saya tahu dia mengigau. ini kali ketiga dia mengigau dan mengamuk seperti ini. lebih 5 minit saya tenteramkannya tetapi tidak ada perubahan. saya bawa ke bilik air dan basuh mukanya. tujuan ni untuk bagi dia terjaga. lepas mukanya dibasuh dia makin tenang dan lama kelamaan mula merapatkan badannya. sambil digendong saya bercerita perlahan ditelinganya. selepas beberapa ketika saya tatap mukanya, dia sudah mula tersenyum. tapi masih tersedu2 disebabkan tangisannya tadi.

pagi ini, dia menangis kuat tak bagi saya jalan. tapi saya terus berjalan pergi kerana kalu tak dipaksa perkara ini tidak berkesudahan. bila sampai pejabat saya txt kak tu. alhamdulillah dia tak nangis lama. dipujuk tengok babi (babi hutan) dan burung, ok lah dia.


Saturday 9 June 2012

untuk raya 2012

ah'ha. agak lama tidak kembali ke sini
dilema aku kembali lagi. balik dari bercuti tu ari aku kembali bertugas tanpa baby sitter
selama itu aku mengusung anak gadis ni ke pejabat. kadang-kadang tengok dia agak penat 6 jam di pejabat. tanpa barang-barang kesayangannya, dan lagi kerap di marahi bila pergerakkan tak tertib sikit.

Tukar cerita [nak nangis rasanya bila ingat pasal baby sitter ni]
Tahun ni, sebelum Mei berakhir aku dah mula berfikir apa tema hari raya tahun ni. cakap ngan hubby, seperti biasa dia tak kisah sangat dengan aktiviti memikir tema ni. malah dia cakap "erm, pakai ja baju tahun lalu". Aku faham maksudnya tu, baju melayunya kadang-kadang tak pakai. so next raya masih boleh pakai. lagipun, agak terhad pemakaian baju melayu ni. tak macam pakaian wanita, ke pejabat pun boleh digayakan.

kerana buntu dengan pilihan warna, saya tak tentukan tema untuk tahun ni. saya cuma nak cari match colour dengan anak gadis saya nanti. mungkin terlalu awal untuk mula shopping seawal Jun tapi saya tak mahu kelam kabut, dengan kerja dan bajet juga. InsyaAllah saya akan selesaikan sebelum Ramadhan menjelang.

saya nak cari baju kurung biru sebenarnya. tapi tak jumpa lagi yang sesuai. ada yang sesuai tapi saiz pula dah habis. saya shopping online jer. tak sempat la nak keluar ke mall. dah survey beberapa shopper. akhirnya pembelian pertama saya dengan DarissaCollection. Warna maroon pula yer. saya suka rekaan baju ni [minat saya simple sangat].

Saya juga ada request pre-order jubah ala kimono. tahun ni nak beli jubah pula rasanya. sebenarnya saya gemar dengan jubah cuma sekarang ni masih breast feeding [BF] jadi agak payah memakai jubah biasa. mujurlah ada jubah yang mempunyai rekaan yang memudahkan kerja BF ni.

Alhamdulillah.