Thursday 16 August 2012

usaha murni

Apa mereka lakukan apabila berlaku masalah aliran elektrik pada kabel bawah tanah? 
adakah sewajarnya perkara ini berlaku?
Bagi kumpulan kakitangan yang tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk memeriksa faulty pada kabel bawah tanah kerja ini menjadi sangat mencabar. tambahan pula tidak ada fail rujukan tentang kedudukan sebenar kabel tersebut. ini yang terjadi pada operasi mencari kerosakan kabel bawah tanah sepanjang 70 meter.



Jangkaan pertama meleset. telah digali mendalam tetapi akhirnya hampa. walau pun kabel ini re-connected namun masih mengalirkan elektrik.


Pencarian seterusnya. 



Inilah punca masalah tersebut. kabel hancur sepenuhnya.




Moral: Apabila kita dipertanggungjawabkan kepada sesuatu perkara, sila selesaikan sebaik mungkin iaitu memenuhi spesifikasi atau panduan yang telah digariskan. Jangan hanya berfikir untuk jangka masa pendek iaitu ingin cepat-cepat menghabiskan tugasan tersebut, tanpa memikirkan kualiti kerja. satu masa nanti kerja yang tidak teliti itu menyusahkan pihak lain, sedangkan anda sudah menikmati gaji/ upah/ penghargaan dari kerja yang separa selesai itu. satu hari nanti semuanya akan dihitung.

Jangan gelojoh.

Wednesday 15 August 2012

teruja lagi - simple shelter

Tiny Homes cover
the book
 Minggu ini waNie berpeluang meminjam satu buku yang sangat menarik dari koleksi buku my bos. Saya teruja dengan buku ini - TINY HOMES Simple Shelter. waNie sememangnya sangat mengemari binaan seperti ini berbanding konkrit. tapi apa kan daya kos untuk binaan yang dihajati di negara ini sangat mahal. mungkin buku ini akan memberi inspirasi untuk waNie bina rumah sendiri kelak. uHuk.





Kandungan buku ini sangat menarik. Comel sangat. 
Kalaulah waNie juga boleh bina pondok macam gini. Bolehlah bermain pondok-pondok nanti







Monday 13 August 2012

Wira Rimba - 2 Days 1 Night trip

WWF Malaysia
Hari renjer sedunia di sambut pada setiap 31hb Julai. Sebagai menghargai jasa para renjer se Malaysia pihak WWF dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menghasilkan satu video dengan judul WIRA RIMBA. sempena pelancaran video ini waNie berpeluang untuk bersama-sama rakan seperjuangan sebagai satu tanda sokongan kepada individu yang digelar front liner menjaga khazanah hutan negara kita.


Sangat penat. Mujur mendapat ruang penginapan yang sangat selesa. 


Venue: credit to Golden Screen Cinemas, One Utama


Awal ramadhan tapi mood raya sana sini sekitar One Utama Shopping Mall
Sangat teruja


Shopping skirt for my little girl.
Cashier: Ada kad ahli?
waNie: Tidak ada. First time shopping sini
Cashier: Owh ok. dari mana?
waNie: Tadi tengahari sampai dari Tawau


Suka kedai ni. mujur time tu belum masuk waktu berbuka.
Cashier: You orang Malaysia kan?
waNie: Yup
Cashier: oo ingatkan bukan orang Malaysia. sebab tudung you tu biasa orang Indon pakai
waNie: oo ye ke [ waNie pakai turban scarf with outer syria jer pown.]


Unexpected menu sahur dari hotel subuh tu. OMG tak larat nak habiskan.


Bajut T team WWF. sangat lawa


Gambar kenangan para renjer bersama Tan Sri

Cenderahati untuk para renjer pada hari itu


Inside


Menu berbuka puasa petang itu.
Flight back LCCT - Tawau


Pertama kali buat perjalanan sebegini. Sangat memenatkan tetapi berbaloi. Kunjungan kami bukan untuk bersuka-sukaan.
Terima kasih sekalian.


Wednesday 8 August 2012

T E R U J A

Kenal tak dengan Aznil Hj Nawawi? Ahaha soalan bengap ni. semua orang pasti kenal manusia yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini.
Kenapa Pak Nil masuk dalam entry kali ini? secara peribadi waNie suka dengan Pak Nil ni. pada waNie dia seorang selebriti yang mempunyai kedudukan sendiri dalam lapangan hiburan dalam negara kita. gah tak gah, popular tak popular. pada waNie dia wajar pada kelas konsisten dan tersendiri.

Ingat tak rancangan Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak?
perasan tak audience untuk MMA, semua lapisan umur ada dalam situ. dari Nenek ke cucu semua orang suka. Sama juga halnya dengan Siti Nurhaliza. pada zaman kegemilangannya semua orang suka. parents waNie juga suka.

anak gadis waNie telah genap 2 tahun pada 06hb Ogos, 3 hari yang lepas. Apa yang membuatkan waNie teruja ialah melihat keterujaan beliau terhadap Pak Nil ni. Astro kerap ulang siar rancangan terbaik asia MMA. bila mana lagu tema MMA berlagu dia akan mula terlompat-lompat menari bersama. pernah beberapa kali waNie cuba tukar channel [nak tengok destined heart - bella] tapi dia tak bagi.





Selain itu, setiap kali melihat Pak Nil keluar TV pasti dia akan bersorak kegembiraan. Dia mula mengenali PaK Nil dari konsert AF 9 lagi. pada waktu tu umurnya masih kurang setahun tetapi dia boleh mengenal individu yang kerap dilihatnya. seterusnya pada konsert Mania dia lebih kerap melihat Pak Nil. sehinggalah sekarang keterujaan beliau itu semakin terserlah.

waNie berfikir, bagaimana anak kecil ini begitu menyukai Pak Nil. bukan sahaja dia malah semua kanak-kanak seperti dipukau olehnya. waNie mungkin tidak dapat memahami apa yang kanak-kanak itu fikirkan. waNie sendiri tidak dapat menyatakan sebab waNie menyukai Pak Nil.

mungkin ini yang dikatakan orang
kita tidak perlu sebab untuk cinta dan sayang seseorang

Friday 3 August 2012

the aura

pernahkah anda berasa teruja dengan pakaian yang diperagakan dengan mannequin yang cantik?
atau berasa cuak sebab patung display masam semacam?
kalau anda tidak pernah merasakannya, kemungkinan besar patung display tidak mampu mempengaruhi anda. berbeza pula dengan waNie, selain corak pakaian dan tudung waNie amat teruja dengan patung display ini. Ahak!!










Yang ni sumpah waNie tidak pasti patung ataupun sebaliknya. sangat sempurna. Mirip Yasmin Hani pun ada  uhuk.




waNie tabik spring model yang memberi inspirasi kepada para pembeli. melihat mereka sahaja sudah membuatkan kita rasa hendak memakai tudung tersebut. superb!!