Wednesday 8 August 2012

T E R U J A

Kenal tak dengan Aznil Hj Nawawi? Ahaha soalan bengap ni. semua orang pasti kenal manusia yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini.
Kenapa Pak Nil masuk dalam entry kali ini? secara peribadi waNie suka dengan Pak Nil ni. pada waNie dia seorang selebriti yang mempunyai kedudukan sendiri dalam lapangan hiburan dalam negara kita. gah tak gah, popular tak popular. pada waNie dia wajar pada kelas konsisten dan tersendiri.

Ingat tak rancangan Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak?
perasan tak audience untuk MMA, semua lapisan umur ada dalam situ. dari Nenek ke cucu semua orang suka. Sama juga halnya dengan Siti Nurhaliza. pada zaman kegemilangannya semua orang suka. parents waNie juga suka.

anak gadis waNie telah genap 2 tahun pada 06hb Ogos, 3 hari yang lepas. Apa yang membuatkan waNie teruja ialah melihat keterujaan beliau terhadap Pak Nil ni. Astro kerap ulang siar rancangan terbaik asia MMA. bila mana lagu tema MMA berlagu dia akan mula terlompat-lompat menari bersama. pernah beberapa kali waNie cuba tukar channel [nak tengok destined heart - bella] tapi dia tak bagi.





Selain itu, setiap kali melihat Pak Nil keluar TV pasti dia akan bersorak kegembiraan. Dia mula mengenali PaK Nil dari konsert AF 9 lagi. pada waktu tu umurnya masih kurang setahun tetapi dia boleh mengenal individu yang kerap dilihatnya. seterusnya pada konsert Mania dia lebih kerap melihat Pak Nil. sehinggalah sekarang keterujaan beliau itu semakin terserlah.

waNie berfikir, bagaimana anak kecil ini begitu menyukai Pak Nil. bukan sahaja dia malah semua kanak-kanak seperti dipukau olehnya. waNie mungkin tidak dapat memahami apa yang kanak-kanak itu fikirkan. waNie sendiri tidak dapat menyatakan sebab waNie menyukai Pak Nil.

mungkin ini yang dikatakan orang
kita tidak perlu sebab untuk cinta dan sayang seseorang

No comments:

Post a Comment