Saturday 28 July 2012

iN TREND

Hari ini saya hendak berkongsi 2 perkara yang saya suka dalam hal ehwal berhijab. kita sedia maklum trend sana sini, pelbagai fesyen tudung dan peragaan yang memberi inspirasi kepada setiap pemakai tudung termasuk diri saya sendiri.

Lihat gambar: Perkara 1 yang saya suka ialah inner ala turban ni. saya dapatkan 2warna dari Aked Tudung. 
Gambar layer 2 aka tengah ialah fesyen sebenar inner tu. sementara gambar layer 1 dan 3 tu saya pakai terbalik pula. kedua-dua pun tampak selesa. oleh itu saya boleh mengayakan keduanya. setuju tak?

turban inner

Lihat gambar: Perkara 2 pula adalah cara pemakaian shawl. masih lagi dengan tema turban, memberi gaya baru untuk saya mengayakan shawl sama ada pashmina, sifon atau cotton. gaya ini diilhamkan dari calaqisya [semua orang tahu ni]. dengan kedua-dua perkara ini saya amat gembira berhijab setiap hari.

shawl ala turban 

Friday 27 July 2012

ilham batik

google

Siapa yang tidak suka dan gemar pelahap Kek Batik atau Kek Marie. Rasa-rasanya semua orang tahu kenikmatan rasa kuih ini. satu ketika dulu bapa saya pernah gelar kuih ni Kuih Kaya - sebab katanya, Sudah pun siap-siap marie tu boleh dimakan, lagi dimasak jadi kuih lain. Walaupun agak asing dalam otak ni tapi layan jak lah bapa tu huhu.

Saya memang suka makan kuih ni, dan lebih suka sebab saya tahu menyediakannya. bukan apa, ada member yang tak lulus lagi buat kuih ni. saya memahaminya, ada part tertentu yang mereka tidak dapat laluinya, dan pada saya itu hanya boleh dicapai dengan usaha yang berterusan dari individu itu sendiri ahak!!

Batik marie koko sudah cuba, saya mencuba pula dengan kastard, hanya kerana ingin menghabiskan stok tepung kastard dalam simpanan. Not Bad! boleh dikatakan percubaan yang berjaya masuk kerongkong - kerongkong tolak means gagal huhu.

Lihat gambar: Kualiti agak kurang disebabkan hanya menggunakan kamera telefon.
Adunan ini kekurangan biskut marie - hanya itu biskut marie yang ada. Lain kali boleh cuba perbaiki lagi.

Wednesday 25 July 2012

J A D U A L

Teristimewa untuk para muslimin dan muslimah di Zon 4, Sabah - Tawau
Semoga puasa ramadhan kita tahun ini diterima oleh NYA
AMIN

Tuesday 24 July 2012

belajar untuk bersyukur

google

google
Ramadhan saban tahun antara yang bermian di minda ialah M A K A N A N
berniaga makanan pada bulan ini memang mendapat sambutan. di media hampir kesemuanya akan highlight pasal makanan hotel, bazaar, pasar.

sewaktu menonton paparan melalui TV perihal perkhidmatan buffet untuk berbuka dan makan malam hati saya terdetik. Wah! sangat banyak pilihan makanan.
juga pada masa yang sama teringat paparan tentang kebuluran, kemiskinan, kepayahan manusia lain di luar sana untuk mendapatkan sesuap nasi.
alangkah bertuah kita di bumi Malaysia masih boleh menikmati makanan yang sebegitu banyak
Bayangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik seperti kita.

Ya ALLAH Ya TUHAN ku, murahkanlah rezeki kepada hamba mu ini.
AMIN.

makanan eastin hotel 300x225 makanan eastin hotel
http://denaihati.com

http://www.siezuka.com

Monday 23 July 2012

bawal oo bawal

antara ikan bawal dan tudung bawal yang mana satu well recognizable?
jika saya mendapat soalan tu, sudah tentu saya jawab tudung bawal. ikan ni payah nak kenal kalau tak minat sangat dengan ikan haha.

2009


Tahun 2009, menyusun koleksi bawal printed sekaligus 7 corak. beli murah je sehelai waktu tu.

Tak pasti pakai berapa lama tapi yang pastinya pakai tak lama sebab saya beralih kepada tudung syria ekspress. so, tudung tu simpan, perap, mujur lipas tidak berumah.

pada ketika itu tudung ekspress dah mula in, kemudian diikut dengan Syria. pemakai tudung bawal jenis segi 4 ramai dah memakai tudung ekspress ni. nama pun dah ekspress, tak perlu lipat segala. sarungkan jer.




2012

Tahun 2012, tudung bawal kembali menganas " hijab lovers, im back!!". pelbagai inovasi telah disogok ke pasaran dan yang paling ketara cara pemakaian bawal 4segi ni.

saya kembali mencari koleksi lama dan praktikkan new approach ni. hasilnya boleh diterima dengan akal dan fikiran sehinggakan ada member yang menyangka tudung yang saya pakai jenis shawl.

kebaikannya ialah saya tak perlu bersesak di mana-mana untuk mendapatkan bawal printed itu. cukup hanya dengan mengubah cara pemakaian, bawal saya tampil menarik.


Pesan nenek " Jangan membazir"
saya kini boleh bermesraan dengan tudung 4segi semula
terima kasih semua.

jom daftar SPA

copy paste

Agak lama saya tidak mengemaskini profil pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA]. bukan malas tetapi agak suntuk masa yang ada ketika berkerja ni. borang SPA online tu kan banyak part kena fill in. kena lagi dengan internet connection yang kerap kali menunjukkan ketidakpuashatian, maka membantutkan sama sekali usaha untuk mendaftarkan diri sekali lagi.


Friday 20 July 2012

RAMADHAN tiba lagi

Google
Esok umat manusia akan mula berpuasa di bulan RAMADHAN
saya dengan tulus ikhlas ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca tulisan ini jika ada perkara yang menyentuh hati

semoga amalan kita semua terus diterima oleh Allah SWT
amin.

pakat gelak

Seorang lelaki berwajah garang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat [aksi monerjun la tu gamaknya]. [lelaki ini fiil warga prihatin] Ia menghentikan motornya dan bertanya "Apa yang sedang kamu lakukan?"

Gadis itu menjawab :"Saya ingin membunuh diri!" [konpiden tahap cipan] Dengan niat memang untuk mengambil kesempatan, si lelaki berkata "Kalau begitu sebelum kamu melompat,berikan saya ciumanmu yang terakhir." [fiil lelaki gatal]

Tak banyak fikir, si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir,si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata:"Mengapa kamu ingin membunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti
ramai lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini." [ni bajet poyo]

Dengan sedih si gadis menjawab "Saya ingin membunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti wanita"

Jeng, jeng jeng, Alamak!
Kasihan lelaki itu. Agak-agak apa adengan selanjutnya:

A.Lelaki itu akhirnya terjun ke bawah jambatan
B. Lelaki itu muntah dan tak lalu makan seminggu
C. Tidak ada apa yang berlaku seperti A dan B 

segan nak ceta!

Uhuk, Rasanya tiada sesiapa individu yang ada mobile gadget yang tak kenal dengan spesis paling marah di alam maya ni. mereka berusaha jitu untuk mengalahkan spesis penyangak satu tu. jujurnya saya suka mereka ni. mereka telah menyebabkan my lit girl hari-hari nak pakai baju sama sebab muka mereka bertempel serata baju tu. basuh-kering-pakai, jenuh pujuk ni. 

Mak budak ni memang kurang handal bermain apa juga jenis games. korang tengok lah sendiri. sampai segan nak ceta!

[member dah selesai tapi yang hijau tu masih senyum-senyum]

[Ni yang geram sangat ni. 1vs1. tapi result tak tayang sebab segan huhu]

[Ni kerja my lit gurl huhu]

[Lagi percubaan gagal. better tidur]

Kekadang terfikir nak bagi member selesaikan level ni. jenuh dah asyik gagal.
Tapi ku teruskan jua dengan semangat yang bersisa.
Semasa entry ini ditulis, pemain yang dimaksudkan belum berjaya melepasi level ini. aduh! Naik segan gini.



Thursday 19 July 2012

cikgu tanya pasal kucing

Seorang guru sedang mengajar murid darjah satu [1]

Cikgu: Murid-murid sekalian, tahukah kamu binatang apa yg suka makan ikan?
Murid: Kucing cikgu [jawab ramai-ramai]

Cikgu: Bagus! boleh bagitahu cikgu, kucing ada berapa mata?
Murid: Dua Cikgu [lagi jawapan ramai-ramai]

Cikgu: Pandai! sekarang bagitahu kucing ada berapa kaki?
Murid: Empat cikgu [setia sekata]

Cikgu: Pandai murid sekalian. sekarang bagitahu cikgu, kucing ada berapa telinga?

Tiba-tiba seorang murid berdiri.

Murid: cikgu, boleh saya tanya satu soalan?
Cikgu: Boleh. Tanya lah.

Murid: CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE?

Nota: seorang ibu dari group facebook telah share cerita ini kepada para ibu di luar sana. 
saya share sebab saya suka ini.
google search: ini lah kucing itu
google search: kucing sayang anak. sesapa tak sayang anak malu dengan kucing

kisah sungai dan empang

sumber: google search
Alkisah, di antara rimbunan pohon di tepian hutan. Tampak sebuah empang yang berair tenang, tanpa kegiatan apapun di situ. Dengan santai si empang mengajak sungai di sisinya mengobrol, "Hai sungai, kuperhatikan setiap hari kamu tidak henti-hentinya mengalir. Apakah engkau tidak merasa lelah dan bosan? Sering kali aku melihatmu menarik kapal yang berat, kadang mendorong perahu yang sedang berlayar atau mengangkut perahu bambu para nelayan yang tidak terhitung jumlahnya. Kehidupan yang melelahkan dan membosankan seperti itu sampai kapan baru berhenti? Terus terang saja, kalau aku harus mengerjakan semua itu, aku pasti kelelahan dan jenuh sampai mati. 

Dibandingkan dengan dirimu, alangkah mujur nasibku ini. Memang aku tidak setenar dirimu dan tidak tercetak di gambar peta. Tidak ada orang yang menyanjungku dan membuat lagu untukku. Tapi untukku semua itu tidak ada artinya. Lihatlah, aku selalu berbaring di atas tanah lembab yang empuk, layaknya seorang putri sedang tidur di atas kasur bulu angsa. Aku bisa menikmati kedamaian dan keindahan alam setiap saat, tidak perlu terganggu oleh kapal dan perahu yang berat, kotor, dan berisik itu.

Memang kadang ada sih, sedikit musibah mengganggu ketenanganku, itupun hanya karena selembar daun yang terjatuh di permukaan airku. Bahkan tiupan angin dari empat arah pun tidak pernah mengganggu kedamaian hidupku. Alangkah nikmatnya hidup ini dan aku tidak mau menukar dengan apapun untuk beralih menjadi seperti dirimu."
sumber: google search
Mendengar kalimat panjang dari si empang, dengan sabar si sungai menjawab, "Sobat empang, namaku adalah sungai, karenanya aku wajib meninggalkan kehidupan yang santai, aku harus mengikuti hukum alam, setiap hari mengalir tidak berhenti. Dengan bantuan angin dan tanah, arus airku ini melayani berbagai kebutuhan manusia. Aku memberikan seluruh tenagaku kepada alam. Dari situlah aku mendapat penghormatan dan sanjungan. Seumur hidupku aku akan mengalir dan terus mengalir dan aku pasti akan selalu diingat manusia sepanjang masa. Dan waktu itu, kamu entah di mana, orang-orang pun pasti akan melupakanmu!"

Dan benar seperti yang dikatakan si sungai, dia terus mengalir sepanjang tahun dan si empang semakin lama makin mengering dan akhirnya dilupakan orang.

Dalam cerita ini, empang diibaratkan sebagai insan yang puas hanya berdiam diri dengan keberadaannya tanpa berbuat apa-apa. Egois dan hanya memikirkan kepentingannya, dirinya sendiri.
Sedangkan sungai menunjukkan sosok pribadi yang menghargai jati diri, siap melayani, dan membantu orang lain sehingga dapat menikmati kehidupannya dengan selalu bersahaja dan berbahagia.

saya share kerana saya suka ini

Thursday 12 July 2012

saiz kecil, harga tinggi

Hi Moms, mama, ibu, umi
Bila shopping baju anak ni saya selalu buntu. Ni baru anak seorang, besok kalau dah bertambah lagi naik kebuntuannya. Kenapa saya buntu:

Saiz baju kecil tapi harga mahal dari baju mak budak 1. 
 Jumpa design cantik dan lawa tapi dah sold out pula 2.
 Shopping di mall penat; mujur boleh online 3.
 Seller kekadang letak harga boombastik, berbalik kepada no 1. 4.


Hidup sebagai individu yang sangat sederhana tidak memberikan tekanan yang kuat kepada saya
saya tak perlulah nak fikirkan pasal imej and branding; Huhu, orang luar biasa tentunya kena allocate at least RM1K/month untuk maintain imej mereka. yer ke?

Mujur saya tidak kisah pasal itu. apa yang penting anak saya mendapat pakaian yang sesuai dan selesa dipakai seharian. si kecil menghampiri umur 2 tahun Ogos ini, sudah pasti saiz badanya makin bertambah. Sebab tu lah mama ni sudah sakan shopping. 

Saya biasa melihat pakaian kanak-kanak pada range harga RM25 - up RM50/ set. biasanya jeans pants sangat mahal. sememangnya ia nampak bergaya apa lagi bila model  kecil korea, china amat comel memakainya. memang tak tahan tengok, rasa sangat ingin memilikinya. berbanding membeli pakaian untuk diri sendiri, saya terpaksa berfikir beribu kali sebelum confirm beli pakaian anak ni. saya tak mahu membazir.
uhuk!!
murah ni!
apa yang saya lakukan, saya cari pakaian alternatif sama ada:
1. Pakaian bundle
2. Pakaian brand biasa yang mempunyai kualiti yang tidak kalah dengan pakaian dengan label hebat.

Tak percaya, gambar di atas cantik tak? saya dapatkan dengan harga RM15 - RM27 sahaja termasuk postage. comel dan lawa!  

Wednesday 11 July 2012

kambing itu

satu petang yang aman 25tahun yang lalu
saya sedang menanak nasi - jangan tak tahu, umo muda dah pandai buat kerja rumah
bapa sedang makan petang meranggap makan tengahari, huhu kerja ladang

"erm, p halau keluar dulu kambing tu. jangan habis dimakan tanaman mama di kebun sana" ayah keluarkan arahan. Baiklah, saya dengan mood anak yang mematuhi arahan turun tangga rumah dengan tertibnya

hus, hus, hus - dengan mulut muncung berbunyi merdu menghalau c kambing tu
memang sah dia dah masuk kebun mama lah
erm, saya panjat pagar kebun tu dengan sebatang ranting yang amat kurus ditangan
dengan bunyi yang masih sama sangat berharap c kambing faham dan patuh dengan arahan "keluar dari kawasan itu!!!"
sumber: google - tanduk cam gini 

tak boleh jadi ni. saya terjun turun ke tanah. sekarang berada didalam kawasan kebun yang berpagar bersama dengan seekor kambing jantan yang saiznya lebih besar dari anak lembu dan sudah pastinya lebih tinggi dari budak usia 8tahun-darjah II
ranting kurus di tangan saya ketuk kepalanya. dia buat tak tahu je. ulang lagi sekali, bam!!! 
saya dah terbaring di atas tanah
tanduknya yang agak panjang itu terus merodok muka, badan, kaki, perut dan seluruh badan anak kecil yang rajin ni. 
menangis sambil meminta bantuan
sempat saya melihat bapa memegang tanduk kambing itu
bertarung beberapa lama dan selanjutnya saya tak ingat dan jelas cara bapa menguruskan kambing jantan yang panas baran tu
                                                                                                                                                                                              
sumber: google - OMG warna yang sama dalam memori ku

mama mandikan aku yang masih menangis
aduh, badan sangat sakit


mulut kembang, bibir pedih rasa seperti muka hancur lebam
bau badan tak terkira busuk kambing

esoknya kena ke sekolah juga
hari isnin. kena lead kelas masa perhimpunan pagi. tapi pagi tu dapat excuse sebab mulut berehat masih lebam tapi kawan-kawan tak ejek pun {lupa tengok cermin, seperti apa muka ku waktu itu}



berita yang ku terima kambing tu akhirnya disembelih oleh pakcik [ kambing tu kepunyaan pakcik saya sendiri] disebabkan ramai penduduk kampung yang tidak selesa dengan kambing tu
kambing tu panas baran. 

pantang ada yang tak kena, dia pasti mengamuk
kambing itu berbeza dari kambing kampung yang lain
bukan saja dari segi saiznya malah juga reaksinya terhadap tindakan manusia
dia seperti faham apa yang manusia perkatakan

kambing pun ada perasaan, inikan pula manusia biasa. jagalah keharmonian hidup bermasyarakat

Tuesday 10 July 2012

s.m.s sentap

Sorry. kereta rosak, kena masuk bengkel. tak sempat siap

So, saya ambik flight balik la tu kan? Naik bas ok juga tapi kalu saya ikut bas tolong maklumkan sesiapa yang ikut balik cuma 1 (satu muatan) Boleh kan?

Ok. terserah kamu naik apa. staff ramai turun ni kemungkinan yang akan ikut naik lebih dari seorang. Apa kaitan naik bas dengan jumlah muatan?

Tak faham la ko ni. Kalau saya naik flight saya tidak kisah berapa pun penumpang tetapi kalau saya naik bas, penat so saya nak tidur dalam perjalanan. Beg saya tu saya simpan belakang, kerusi pun saya undur ke belakang skit. Saya tak kisah cuma mereka kena bersedia duduk dibelakang dengan keadan yang sempit. saya cuma tak mau mereka fikir, mentang-mentang saya pegawai saya boleh berbuat apa saja.

Kalau  kebetulan tiada staff yang nak ikut tidak menjadi masalah. tetapi jika sebaliknya tak kan pula  kio tak bagi ikut disebabkan ko nak tidur.

Hai, patut la. satu saya perasan kamu ni fikiran sangat sempit. sebab itu la saya maklumkan awal supaya kamu boleh maklumkan kepada staff bahawa kereta berkenaan penuh. atau kalu nak ikut pun kena berhimpit,  tidak perlula bagitau mereka kereta sempit disebabkan saya  nak tidur. haiyaaa

Cuba ko fikir. tarikh kereta naik  direkodkan sebagai "penuh". Staff akan bertanya, siapa yang ikut kereta ni hingga penuh. bukan ka cuma mr XX yang ikut naik? masih ada kekosongan 3/4 orang. Ko rasa apa yang akan saya jawab kepada staff yang bertanya itu?

ok. sekarang ko faham ka tidak ni? the point is bukan saya tk mau bawa staff sekali tetapi saya maklumkan kalau nak ikut  cuma 1 orang, atau kalu ramai pun tidak menjadi masalah cuma kena bersedia dengan keadaan yang berhimpit. ayoo, tolong lah faham.

saya faham. tapi jika itu adalah point ko maka tidak perlulah ko request hal ini sbl ini. rujuk sms ko sebelum ini -  kalu saya naik bas saya nak 1 orang penumpang sahaja. itu saya faham, cuma saya tak mahu jawab Ya -   sebab  saya tak mahu selepas jawab  Ya, tetapi  sebaliknya  berlaku tentu ko akan komplen, dah maklumkan/ request awal pun masih juga tidak tepat.
jika sekiranya ko tak kisah maka tak perlulah request sebegitu kerana kita sedia maklum keadaan pengangkutan sebegitu. tidak akan sesiapa komplen jika berada dalam keadan berhimpit. jika keadaan sempit pun maks cuma 5 orang tidak lah sampai 10orang sekali jalan

ko tdk baca habis sms saya tu. di belakang saya tanya sama ada boleh atau tidak. cuba ko baca balik kecuali ko sudah delete. maksudnya saya tanya kalu boleh baguslah kalu tidak ok je. lepas tu ko tanya apa sebab saya mau 1orang saja ikut, saya bagitau lah ko sebab saya mau rest. sepatutnya cerita tu sampai sini shj sebab ko boleh decide sama ada boleh atau tidak. sepatutnya mcm gitu tapi ko sengaja mo marah saya..

memang lah saya tanya panjang  lebar sebab saya nak clear. bukan pasal mo marah ko. saya mahu benda tu jelas sebab sebelum ni tidak ada orang lain yang req sepertinya. bukan sebab saya tak faham. baiklah, saya akan tanya orang lain apa pemahaman mereka dengan ayat ko ni

hah!..tidak mau mengaku kalah ko ni. kalu ko baca semula sms tu saya ada tanya boleh atau tidak. jawapannya simple je, YA atau TIDAK. tapi ko tanya banyak sebab tu lah saya bagitau. tapi still jawapannya sama ada ya atau tidak. ko cuma bagitau saya tidak boleh sebab ramai staff yang akan ikut biarlah bersempit, mereka faham saya pun faham. tidak perlu bagi clear hingga keluar tajuk.

memang saya tidak mahu kalah sebab saya tidak puas hati. ko tahu atau tidak makna Ya dan Tidak? kedua jawapan itu perlukan penjelasan. untuk keduanya saya tidak jelas, maka itu saya putuskan "atas pagar" sebab tu lah ko tidak dapat jawapan yang ko mahukan. tapi kalau kau nak sangat jawapan, sya jawab Tidak. walaupun ko naik bas, penumpang tetap seperti biasa.

ha...memang ko tidak faham ni. tak apalah yang penting saya faham

belum tentu lagi yang ko faham tu betul. saya juga boleh kata yang saya faham

after blah blah blah......
dia simpulkan saya ni berfikiran sempit,  dia anggap yang sya korek tu remeh temeh,  tidak mahu mengaku kalah....

Wednesday 4 July 2012

saya sayang adik

Lebih kurang 20 tahun yang lalu
seorang kakak pernah terjun dari trak landcruiser yang sedang bergerak di atas jalan raya disebabkan seorang adik perempuannya tidak bersama dalam kenderaan itu

sumber: google
di satu perkampungan diluar pekan daerah Ranau Sabah
kanak-kanak ke sekolah perlu melalui perjalanan 4km jalan berbatu
tidak ada kenderaan seperti bas sekolah
mereka berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah

satu hari adik ni baru mendaftar masuk sekolah darjah satu
kakaknya masa tu nak ambik UPSR
satu petang balik dari sekolah, kakak balik lewat dari jam biasa kerana ada acara petang
sewaktu keluar dari pintu sekolah satu kenderaan yang bergerak balik ke kampung menumpangkan kakak dan rakan sebayanya

lebih kurang 30minit perjalanan kenderaan itu melewati sekumpulan kanak-kanak sekolah yang berjalan kaki balik dari sekolah. salah seorang dari kanak-kanak itu adalah adik kakak itu sendiri
kenderaan yang dinaik kakak itu tidak dapat berhenti dan menumpangkan kumpulan kanak-kanak itu kerana muatan kenderaan telah penuh dan sesak

sumber: google

tanpa disangka c kakak ini telah terjun dari kenderaan itu
mujur kenderaan itu tidak bergerak laju kerana faktor jalan yang berbatu serta muatan yang berat
hanya lutut dan lengan ada calar sedikit selepas penerjunan berani tersebut
esoknya isteri kepada pemandu kenderaan itu telah menegur kakak itu dengan cara baik, dia berpesan jangan mengulangi tindakan itu kerana sangat berbahaya




kenapa tekad untuk terjun?
si kakak tidak sampai hati melihat adik kecilnya berjalan kaki balik sementara dia menaiki kenderaan. bila berjalan bersama dia boleh menjaga adiknya dari sebarang kemungkinan

Nota:
Nak gelak pun ada bila teringat kisah ini. sedikit malu kerana tidak berfikir panjang.  

Tuesday 3 July 2012

sangat cinta pada awak

Ada seorang makhluk Tuhan, yakni manusia dan jantina lelaki
pada mulanya saya hairan dan pelik. dia sangat setia pada hatinya
dia sudah pun berkahwin
wanita yang dicintainya juga sudah berkahwin
mula kenal wanita itu sejak Form 1 and now masing-masing dah umur 33tahun
agak begitu lama

kalau Najwa Latif dengan "Cinta Muka Buku" nya
yang ni boleh la "berputik kembali di muka buku"
melalui Facebook dia kembali menjejaki wanita itu
agak mudah request to be friend diterima disebabkan mereka kawan sekolah lama
agak mudah hantar pesanan, boleh gunakan FB chat atau in box

mengapa selepas keduanya sudah mempunyai keluarga masing-masing perasaan itu masih tak mati
apa yang dia dapat dengan meluahkan kembali perasaan itu
bukankah itu hanya akan menyakitkan hatinya
hati pasangan masing-masing

bukan semua orang akan faham
bukan semua isteri akan faham bahawa suaminya masih ada perasaan terhadap bekas idola hatinya
suami wanita itu juga pastinya tidak boleh menerima ada lelaki lain yang menyimpan perasaan terhadap isterinya
sering menelefon
sering menghantar pesanan

Nasihat saya;
1. Jangan layan; lama-kelamaan dia akan berasa bosan bila tidak dilayan
2. Jangan sesekali membayangkan untuk turut sama jatuh hati kepada si peminat itu. ingat suami dan anak-anak
3. Jangan layan; lagi sekali kerana inilah kunci itu
4. Jangan layan; lagi sekali. dan lagi dan lagi.

I N O V A T I F II





Ini adalah bakul hasil anyaman masyarakat kampung

jika dulu bakul ini dihasilkan menggunakan rotan tapi  bila bahan hutan sudah berkurangan dan sukar diperolehi barangan anyaman seperti ini menggunakan bahan dari plastik



Walaupun hasil produk adalah tetap sama namun nilai sentimental sudah berkurangan
bagi warga senior [golongan atuk dan nenek] mereka pasti merasakan nilai tersebut.
Bagi genarasi muda mungkin sebilangan besar tidak kisah tentang nilai tersebut.

walau apa pun ia, hasil tangan ini wajar diberi pujian. pandangan luar sangat cantik dan tertawan.



 credit to: makcik yang menganyam bakul ini


ada apa dengan blogger

salam teristimewa
sedar atau tidak nowdays penglibatan individu dalam dunia blogging semakin menjadi-jadi
saya adalaha salah seorang pembaca blog; personal blog, blogshop antara kegemaran saya sendiri
ada blog yang saya sangat admire, ada yang buat kepala tambah serabut, ada yang sakitkan mata ni dan banyak yang membahagiakan jiwa lara ini

tapi saya masih tidak berpuas hati
ada sesuatu yang saya cari antara blogger yang berpusuan ini
saya masih belum menemuinya
apa yang saya cari?
saya mencari yang sederhana, yang sebati dengan jiwa ini
sukar untuk diungkapkan dengan perkataan

dan mengapa saya menulis blog ini
adakah ini blog yang saya cari selama ini?
Erm rasanya bukan. blog ini masih belum memenuhi piawaian itu
saya bukan penulis yang baik 
saya bukan pencari maklumat yang baik 
saya malas menelaah
dan malas lagi banyak yang saya tak mau sebutkan lagi..

saya cuma mahu:

1. satu hari nanti bila saya search atau google alamat blog ini saya boleh membaca kembali dengan komen yang banyak ke atas tulisan sendiri

2. memory atau isi hati saya pada waktu itu tidak hilang dek arus masa

3. saya belajar memperbaiki diri

tamat