Wednesday 19 December 2012

sayang anak

waNie terserempak tulisan ni dilaman mukabuku. waNie terasa kerana waNie juga adalah seorang ibu, sering memarahi anak dan pernah memukul anak. lepas pukul waNie fikir balik, anak aku ni belum umur 3 tahun, aku dah pukul. faham kah dia?

Tulisan ini sangat berguna. Bersamalah kita amalkan:

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

waNie mempunyai keazaman untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak waNie kelak. semoga dipermudahkannya. AMIN

Monday 17 December 2012

Uji Diri Sendiri


satu hari tu waNie ada terima email ni forwarded dari seorang kawan lama dan jauh. Suka kawan ni, sering forward email yang bagus untuk waNie. Justeru waNie seorang yang baik hati maka nak kongsikan juga dalam blog hari ini - untuk pembaca yang rajin sahaja.

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci)

Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu? (Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu? (kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa? (logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu? (putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan? (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)Tiba-tiba, tanpa disangka ribut tornado datang. tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Tafsiran adalah seperti berikut [Saja buat suspen. Tekan mouse kanan dan highlight]

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda?

Beli dan Menderma

Last couple weeks, waNie ada terserempak iklan pasal jualan travelling telekung yang best sebab sejumlah hasil jualan akan didermakan ke Tabung Bantuan Gaza. Beli barang sambil menderma. Bila klik iklan tu maka bersua mukalah dengan gudang.my - Telekung travel Dhea Collection


Kalau diikutkan sudah banyak jualan telekung yang waNie jumpa tapi tidak pernah membeli online setakat ini. waNie masih ada telekung sulam yang cantik hadiah dari kakak, beli masa jejalan di Bandung. Setakat ini waNie baru memiliki 3 telekung sejak zaman sekolah sampai sekarang. Paling lama pakai telekung sebelum tukar dengan telekung sulam Bandung ni lah. Bukannya apa, telekung ni antara barang yang sangat terjaga dan tidak perlu simpan banyak dalam satu masa - selagi masih boleh dipakai selagi tu tidak bertukar.

Dipendekkan cerita maka waNie pun memesan telekung dari gudang.my ni. Pembelian adalah sebab seperti berikut:
1. Iklan membeli sambil menderma itu sangat menarik perhatian apalagi dengan produk yang boleh digunakan untuk beribadah
2. Konsep telekung travel juga menarik disebabkan waNie memang memerlukan satu set yang mudah dibawa ke sana sini terutama ke pejabat. Telekung sulam dari Bandung tu berat sangat. Isi dalam beg kembung seperti penjual kain.
3. Harga telekung travel ni kira murah. price drop RM40 ke RM29

Atas sebab di atas maka waNie kini mempunyai set telekung yang cantik, ringan dan comel. waNie pilih warna Light Green.






Tuesday 13 November 2012

awesome inner - Ayraa


Salam
Minggu lepas waNie berpeluang mendapatkan Inner yang lama dah rasa ingin pakai. Rasanya semua individu tahu dan kenal al-humaira contemporary
Gembira rasanya dapat dapat memakai inner yang diberi nama A Y R A A ni
Ini lah rupanya inner tu. model ni pakai tampak kemas sangat. waNie pakai tidaklah sebegini namun yang paling penting tujuannya tercapai.




my lit girl sangat suka inner ini. lepas bagi dia try dia tidak mahu menanggalkannya. agaknya terlalu selesai memakainya. Mungkin kena jahit serupa ini untuk kiddies pula.



Saturday 10 November 2012

Takut kena Sembelih!

SESI GELAK BERSAMA

Ini adalah kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-tiga pilot yang takut tersebut memohon agar tidak dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pun berkata, ‘Kalau korang sume nak hidup, korang kena masuk ke dalam hutan dan keluar semula membawa 10 biji buah yg sama jenis. Tapi korang hanya ada masa 3 jam saja!’

Sebelum 3 jam berlalu, pilot pertama datang dengan membawa 10 biji epal.

Ketua Suku pun mengeluarkan arahan "Ok, kamu dah membawa 10 biji epal. Skrg masukk
an kesemua epal tu ke dalam lubang dubur kamu satu persatu. Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya sembelih!"

Dengan penuh perjuangan dan ketahanan akhirnya epal pertama dapat di masukkan. Tapi untuk epal yg kedua dia sudah tidak dapat menahan sakit dan terus menjerit. Dengan kejam ketua suku tadi terus memenggal kepala si pilot pertama. Maka naiklah roh si pilot yang malang itu ke alam lain.

Pilot kedua pulak datang membawa 10 biji anggur. Ketua suku tadi memberikan arahan yang sama. Satu, dua, tiga, empat hingga biji kesembilan begitu mudah dimasukkan tetapi pada saat dia nak memasukkan anggur yg kesepuluh, ketua suku tadi tiba-tiba memotong kepala pilot kedua.

Maka dijadikan cerita naiklah roh si pilot kedua tadi kealam lain dan berjumpa dgn pilot pertama tadi.


Pilot2 : Wah, kau pun mati jugak rupanya?
Pilot1 : Ye la, aku bawak epal.  Tak tertahan sakit! Sial tul ketua suku tu, bagi syaratnya susah sgt! Habis kau pula bawak buah apa?
Pilot2 : Anggur
Pilot1 : Anggur?? Tu kan senang! Kecik je, tak sakit pown!
Pilot2 : Memang betul. Sume anggur aku hampir masuk ke dalam lubang dah. Tapi tiba-tiba aku ketawa. apa lagi habis sume anggur yang aku masuk tadi keluar balik.
Pilot1 : Bodoh kau! Kenapa ketawa?
Pilot2 : Habis, masa aku nak msukkan anggur yg kesepuluh, aku nmpk pilot ketiga bawa durian. giler ko. durian tuh!!!


Adoii nah! sungguh waNie tak tahan ketawa. lucu ya amat.

Friday 5 October 2012

semerbak seharum kasturi


Salah satu Wangian : Pacific - Harum
Flyers: Percuma
Beberapa minggu yang lalu waNie telah memesan tester dari semerbak.net  setelah beberapa lama menangguhkan hasrat tersebut. Menangguh bukan kerana apa tetapi kerana malas nak buat transaksi ahak.

Tester yang dihantar ada 7wangian kesemuanya. Aduh, yang lain member dah ambik semuanya. waNie ambik pacific dan aqua jer. Sungguh! ianya wangi bagai dikata
makanya member request minta wangian yang lain
sungguh, ada macam-macam bentuk menarik yang lain

yang ni sebenarnya wangian untuk kereta/ kenderaan
tapi waNie dan member tak guna untuk kenderaan jer
letak dalam bilik pejabat dan ruang tamu rumah
amboi! seharum semerbak ruang ini

tak percaya?
pesanlah sendiri


Thursday 4 October 2012

pakej cantik - produk pilihan

Aha, Lama tak berada disini. waNie tengah sibuk untuk memanjakan diri. maklumlah telah bertemu dengan 'dewa dewi' yang dipercayai dapat mengembalikan keindahan ciptaan ALLAH swt ini.

Hari ni nak kongsikan senarai pakej cantik pilihan waNie. tak mo dah cari yang lain. Nak fokus yang ni jer. Rasanya semua ni sudah memenuhi apa yang waNie inginkan. kita target Cantik dan Sihat bukan. cantik tapi tak sihat tidak bermakna. So jangan terlalu laju mengejar cantik sehingga mengabaikan kesihatan.

check it out!














Apa yang menarik untuk rangkaian produk ini?
Produk ini akan membantu anda menaikkan seri dari atas ke bawah; luaran dan dalaman
Yang paling best, bagi yang berminat untuk join rangkaian perniagaan produk ini menyediakannya. Bonus dan pulangan berbaloi-baloi.

tapi A W A S
sila dapatkan maklumat sewajarnya sebelum anda mengambil jenis produk diatas
kenalpasti apa target anda, dapatkan nasihat and consume
insyaALLAH anda akan mendapat apa yang diinginkan.

waNie sedia membantu sekiranya diperlukan.

Friday 7 September 2012

pakej cantik

Saya nak cantik!
Ayat biasa bagi setiap wanita. Ayat yang biasa keluar dari mulut mereka, atau juga ayat dalam hati, tidak terluahkan. mungkin malu atau segan.

siapa pun wanita itu, ingin kelihatan cantik dan menawan sudah pasti ada dalam hatinya. waNie berani bertaruh untuk tiada wanita yang tidak mahu kelihatan cantik.

waNie juga wanita; juga ingin kelihatan cantik. mahu jadi cantik, ingin dilihat cantik dan kalau boleh semua jenis cantik juga mahu.

tetapi, cantik yang bagaimana yang wanita inginkan?
Cantik paras rupa?
Cantik potongan badan?
Cantik budi pekerti?
Cantik mulut berbicara?
Cantik kaki melangkah?
dan banyak lagi cantik lain yang tidak dapat waNie senaraikan.

biasanya individu menilaikan cantik sangat standard; muka mulus, tidak berjerawat, putih melepak, badan ramping, tinggi, gigi bersih putih, punggung besar, buah dada besar. justeru yang berjerawat, yang badan gempal, yang saiz rendah, yang kulit kelam otomatik berasa dirinya tidak cantik.

betul ke? waNie tidak setuju.
siapa kata yang berjerawat tidak cantik?
siapa kata yang kulit kelam tidak cantik?
siapa kata yang berbadan gempal tidak cantik?
siapa kata yang berkaki pendek tidak cantik?

pada waNie semua wanita itu cantik.
yang membuatkan wanita itu tidak cantik ialah berperangai tidak senonoh, cakap mencarut, tidak menghormati orang tua, sumpah seranah suka hati, tidak hormat suami, berzina, buang anak, mengugurkan kandungan, tidak menutup aurat, berpeleseran dan banyak lagi perlaku yang tidak manis, pahit, masam, kelat.

dan sekarang nilaikan wanita disekeliling kita
yang kita puja di majalah, depan tv HD, dalam blog, internet, dalam youtube
adakah mereka wanita cantik yang sewajarnya cantik?

nak tahu siapa wanita cantik yang sebenarnya?
andalah, diri anda sendiri lah wanita cantik yang sebenarnya
pujalah diri anda, sayanglah diri anda, cintailah diri anda, rapikan lah diri anda, belai manja ia
maka anda akan melihat wanita yang secantik-cantiknya wanita

Thursday 16 August 2012

usaha murni

Apa mereka lakukan apabila berlaku masalah aliran elektrik pada kabel bawah tanah? 
adakah sewajarnya perkara ini berlaku?
Bagi kumpulan kakitangan yang tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk memeriksa faulty pada kabel bawah tanah kerja ini menjadi sangat mencabar. tambahan pula tidak ada fail rujukan tentang kedudukan sebenar kabel tersebut. ini yang terjadi pada operasi mencari kerosakan kabel bawah tanah sepanjang 70 meter.



Jangkaan pertama meleset. telah digali mendalam tetapi akhirnya hampa. walau pun kabel ini re-connected namun masih mengalirkan elektrik.


Pencarian seterusnya. 



Inilah punca masalah tersebut. kabel hancur sepenuhnya.




Moral: Apabila kita dipertanggungjawabkan kepada sesuatu perkara, sila selesaikan sebaik mungkin iaitu memenuhi spesifikasi atau panduan yang telah digariskan. Jangan hanya berfikir untuk jangka masa pendek iaitu ingin cepat-cepat menghabiskan tugasan tersebut, tanpa memikirkan kualiti kerja. satu masa nanti kerja yang tidak teliti itu menyusahkan pihak lain, sedangkan anda sudah menikmati gaji/ upah/ penghargaan dari kerja yang separa selesai itu. satu hari nanti semuanya akan dihitung.

Jangan gelojoh.

Wednesday 15 August 2012

teruja lagi - simple shelter

Tiny Homes cover
the book
 Minggu ini waNie berpeluang meminjam satu buku yang sangat menarik dari koleksi buku my bos. Saya teruja dengan buku ini - TINY HOMES Simple Shelter. waNie sememangnya sangat mengemari binaan seperti ini berbanding konkrit. tapi apa kan daya kos untuk binaan yang dihajati di negara ini sangat mahal. mungkin buku ini akan memberi inspirasi untuk waNie bina rumah sendiri kelak. uHuk.





Kandungan buku ini sangat menarik. Comel sangat. 
Kalaulah waNie juga boleh bina pondok macam gini. Bolehlah bermain pondok-pondok nanti







Monday 13 August 2012

Wira Rimba - 2 Days 1 Night trip

WWF Malaysia
Hari renjer sedunia di sambut pada setiap 31hb Julai. Sebagai menghargai jasa para renjer se Malaysia pihak WWF dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menghasilkan satu video dengan judul WIRA RIMBA. sempena pelancaran video ini waNie berpeluang untuk bersama-sama rakan seperjuangan sebagai satu tanda sokongan kepada individu yang digelar front liner menjaga khazanah hutan negara kita.


Sangat penat. Mujur mendapat ruang penginapan yang sangat selesa. 


Venue: credit to Golden Screen Cinemas, One Utama


Awal ramadhan tapi mood raya sana sini sekitar One Utama Shopping Mall
Sangat teruja


Shopping skirt for my little girl.
Cashier: Ada kad ahli?
waNie: Tidak ada. First time shopping sini
Cashier: Owh ok. dari mana?
waNie: Tadi tengahari sampai dari Tawau


Suka kedai ni. mujur time tu belum masuk waktu berbuka.
Cashier: You orang Malaysia kan?
waNie: Yup
Cashier: oo ingatkan bukan orang Malaysia. sebab tudung you tu biasa orang Indon pakai
waNie: oo ye ke [ waNie pakai turban scarf with outer syria jer pown.]


Unexpected menu sahur dari hotel subuh tu. OMG tak larat nak habiskan.


Bajut T team WWF. sangat lawa


Gambar kenangan para renjer bersama Tan Sri

Cenderahati untuk para renjer pada hari itu


Inside


Menu berbuka puasa petang itu.
Flight back LCCT - Tawau


Pertama kali buat perjalanan sebegini. Sangat memenatkan tetapi berbaloi. Kunjungan kami bukan untuk bersuka-sukaan.
Terima kasih sekalian.


Wednesday 8 August 2012

T E R U J A

Kenal tak dengan Aznil Hj Nawawi? Ahaha soalan bengap ni. semua orang pasti kenal manusia yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini.
Kenapa Pak Nil masuk dalam entry kali ini? secara peribadi waNie suka dengan Pak Nil ni. pada waNie dia seorang selebriti yang mempunyai kedudukan sendiri dalam lapangan hiburan dalam negara kita. gah tak gah, popular tak popular. pada waNie dia wajar pada kelas konsisten dan tersendiri.

Ingat tak rancangan Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak?
perasan tak audience untuk MMA, semua lapisan umur ada dalam situ. dari Nenek ke cucu semua orang suka. Sama juga halnya dengan Siti Nurhaliza. pada zaman kegemilangannya semua orang suka. parents waNie juga suka.

anak gadis waNie telah genap 2 tahun pada 06hb Ogos, 3 hari yang lepas. Apa yang membuatkan waNie teruja ialah melihat keterujaan beliau terhadap Pak Nil ni. Astro kerap ulang siar rancangan terbaik asia MMA. bila mana lagu tema MMA berlagu dia akan mula terlompat-lompat menari bersama. pernah beberapa kali waNie cuba tukar channel [nak tengok destined heart - bella] tapi dia tak bagi.





Selain itu, setiap kali melihat Pak Nil keluar TV pasti dia akan bersorak kegembiraan. Dia mula mengenali PaK Nil dari konsert AF 9 lagi. pada waktu tu umurnya masih kurang setahun tetapi dia boleh mengenal individu yang kerap dilihatnya. seterusnya pada konsert Mania dia lebih kerap melihat Pak Nil. sehinggalah sekarang keterujaan beliau itu semakin terserlah.

waNie berfikir, bagaimana anak kecil ini begitu menyukai Pak Nil. bukan sahaja dia malah semua kanak-kanak seperti dipukau olehnya. waNie mungkin tidak dapat memahami apa yang kanak-kanak itu fikirkan. waNie sendiri tidak dapat menyatakan sebab waNie menyukai Pak Nil.

mungkin ini yang dikatakan orang
kita tidak perlu sebab untuk cinta dan sayang seseorang

Friday 3 August 2012

the aura

pernahkah anda berasa teruja dengan pakaian yang diperagakan dengan mannequin yang cantik?
atau berasa cuak sebab patung display masam semacam?
kalau anda tidak pernah merasakannya, kemungkinan besar patung display tidak mampu mempengaruhi anda. berbeza pula dengan waNie, selain corak pakaian dan tudung waNie amat teruja dengan patung display ini. Ahak!!










Yang ni sumpah waNie tidak pasti patung ataupun sebaliknya. sangat sempurna. Mirip Yasmin Hani pun ada  uhuk.




waNie tabik spring model yang memberi inspirasi kepada para pembeli. melihat mereka sahaja sudah membuatkan kita rasa hendak memakai tudung tersebut. superb!!