Friday 7 September 2012

pakej cantik

Saya nak cantik!
Ayat biasa bagi setiap wanita. Ayat yang biasa keluar dari mulut mereka, atau juga ayat dalam hati, tidak terluahkan. mungkin malu atau segan.

siapa pun wanita itu, ingin kelihatan cantik dan menawan sudah pasti ada dalam hatinya. waNie berani bertaruh untuk tiada wanita yang tidak mahu kelihatan cantik.

waNie juga wanita; juga ingin kelihatan cantik. mahu jadi cantik, ingin dilihat cantik dan kalau boleh semua jenis cantik juga mahu.

tetapi, cantik yang bagaimana yang wanita inginkan?
Cantik paras rupa?
Cantik potongan badan?
Cantik budi pekerti?
Cantik mulut berbicara?
Cantik kaki melangkah?
dan banyak lagi cantik lain yang tidak dapat waNie senaraikan.

biasanya individu menilaikan cantik sangat standard; muka mulus, tidak berjerawat, putih melepak, badan ramping, tinggi, gigi bersih putih, punggung besar, buah dada besar. justeru yang berjerawat, yang badan gempal, yang saiz rendah, yang kulit kelam otomatik berasa dirinya tidak cantik.

betul ke? waNie tidak setuju.
siapa kata yang berjerawat tidak cantik?
siapa kata yang kulit kelam tidak cantik?
siapa kata yang berbadan gempal tidak cantik?
siapa kata yang berkaki pendek tidak cantik?

pada waNie semua wanita itu cantik.
yang membuatkan wanita itu tidak cantik ialah berperangai tidak senonoh, cakap mencarut, tidak menghormati orang tua, sumpah seranah suka hati, tidak hormat suami, berzina, buang anak, mengugurkan kandungan, tidak menutup aurat, berpeleseran dan banyak lagi perlaku yang tidak manis, pahit, masam, kelat.

dan sekarang nilaikan wanita disekeliling kita
yang kita puja di majalah, depan tv HD, dalam blog, internet, dalam youtube
adakah mereka wanita cantik yang sewajarnya cantik?

nak tahu siapa wanita cantik yang sebenarnya?
andalah, diri anda sendiri lah wanita cantik yang sebenarnya
pujalah diri anda, sayanglah diri anda, cintailah diri anda, rapikan lah diri anda, belai manja ia
maka anda akan melihat wanita yang secantik-cantiknya wanita

No comments:

Post a Comment