Monday 28 January 2013

Sayu anak


 

Dunia tanpa sempadan, maklumat tanpa had, maklumat dihujung jari adalah ungkapan yang biasa kita dengar perihal kebaikan internet, jalur lebar, dunia tanpa wayar ini. Justeru amat mudah untuk kita menerima setiap satu maklumat itu dengan cepat dan terkini. apa yang berlaku diserata dunia kita juga dapat mengetahuinya tanpa bersusah-payah.


Dalam banyak-banyak cerita yang waNie jumpa dalam alam maya ni, waNie sangat tidak menahan perasaan terhadap post yang berkaitan dengan kanak-kanak. sejak waNie sendiri menjadi ibu, perasaan itu lebih sensitif. setiap berita yang waNie baca pasti akan mengingatkan waNie kepada anak dara seorang itu. tidak dapat dibayangkan jika cerita itu terkena pada anak waNie sendiri.


Justeru itu akan membuatkan semangat waNie untuk memberi yang terbaik kepada anak waNie menjadi lebih kuat. waNie seboleh-bolehnya tidak mahu perkara yang buruk berlaku ke atas anak waNie. waNie juga bukan dari keluarga yang senang tapi apa yang waNie lampirkan seperti gambar yang ditunjukkan waNie sendiri tidak merasainya. kepayahan dan keperitan hidup semasa kecil.


waNie bukan seorang individu yang sempurna tetapi paling tidak waNie tidak akan tergamak untuk memperlakukan anak sebegini rupa. membuang anak seperti membuang najis atau sampah ke dalam longkang, parit, tong sampah. kadang-kadang kita sendiri semacam tidak percaya tindakan semacam itu boleh dilakukan ke atas anak kecil yang juga mempunyai nyawa. tidakkah ada secebis perasaan mereka terhadap anak kecil itu?




No comments:

Post a Comment