Monday, 28 January 2013

tak sepahit hempedu

Ini merupakan post pertama waNie di tahun baru 2013 ini. Agak lewat untuk post pertama sebenarnya. Walaubagaimana pun waNie ada catatan pahit dan manis di awal tahun 2013 ini.

6hb Januari satu-satunya atuk waNie yang masih tinggal telah kembali ke rahmatullah pada usia 95tahun (ikut tarikh kad pengenalan. tapi menurut mama tarikh tu tidak tepat memandangkan lewat urusan KP dibuat zaman dulu). waNie dan famili redha, kami percaya itu yang terbaik untuknya. semoga rohnya berada di kalangan mereka yang beriman.

Catatan kedua waNie perihal kepayahan, kedukaan, kemanisan bertugas dalam hutan. Ye la kan. sudah namanya kawasan konservasi mestilah dalam hutan. Jalan masuk ke kawasan waNie bertugas ni sememangnya sudah mendapat kelulusan untuk pembaikan. walaubagaimana pun atas kekangan beberapa dokumen yang belum sudah kerja tersebut tertangguh. sehinggalah musim tengkujuh melanda seantero wilayah. bertambah teruk gamaknya keadaan itu.

Walaubagaimana pun itu bukanlah sesuatu yang boleh melemahkan semangat waNie untuk bertugas di kawasan ini. Bermakna sehingga saat itu belum tiba waNie akan tetap bertugas di sini. Gambar berikutnya didedikasikan kepada individu yang sudi menyelami perasaan ini.

Lumpur sangat tebal

Tayar depan sudah tidak boleh gerak

Semacam senget dah keta ni

rescue team

rescued. anda berani melalui jalan belakang tu?

Dijadikan cerita, agak lama juga tersadai dalam lumpur waktu tu. jam 1.20pm keta sudah tidak bergerak. terpaksa calling untuk minta bantuan. itu pun hubby masih berusaha untuk keluar dari lumpur sendiri. kan ke bagus tadi terus call minta bantuan. waktu sudah berlalu dari 3.30pm barulah dapat diselamatkan.

No comments:

Post a Comment