Monday 25 June 2012

Destined Heart

Ada sesiapa yang suka layan ASTRO bella Channel 133?
saya tak pernah layan telenovela channel ini sejak ianya di lancarkan. bukan kerana tidak berminat cuma saya mengelak dari terikat denagn tayangan telenovela yang berjela-jela panjangnya. cukup lah dengan Nada Cinta. saya jenis tidak sabar menanti kesudahan cerita [husks]

Tetapi keadaan berubah apabila pada suatu hari tertekan pula channel ni dan terlihat tayangan telenovela dari Filipina ini. Aduh, Kristen Hermosa dan Jericho Rosales. lama dah tak lihat lakonan mereka. saya lihat info, tajuk Destined Heart atau Dahil May Isang Ikaw [if sebut title dalam bahasa Tagalog lebih umpp rasanya] Tak pasti waktu tu episode keberapa namun bermula saat itu saya mengikat temujanji dengan astro bella.


sumber: google

sumber: google
sumber google



















Apa yang kita akan kenang bila tengok cerita telenovela dari negara jiran itu. Tak kurang bezanya dari cerita sinetron Indonesia. Cuma saya lebih menyukai garapan cerita dari Filipina. mungkin sutradara nya agak kreatif dan prihatin. Boleh tahan telenovela ini. banyak menerima pencalonan dan juga anugerah di luar negara.

Pada saya, beberapa perkara berikut saya boleh rumuskan tentang cerita dari Filipina:

1. cerita tentang percintaan silam yang mempunyai hubungan intim sehingga mempunyai anak luar nikah

2. selain kes anak luar nikah, kes anak tertukar juga kerap berlaku. tak tahu cam na pihak klinik atau hospital buat kerja huhu.

3. anak terpisah dari ibu bapa sejak kecil dan apabila dewasa bercinta atau berkenalan pula dengan keluarga baru ibu atau bapanya yang terpisah dulu.

3. mesti ada wanita jahat yang asyik memikirkan serta menjalankan kerja-kerja jahat yang bertujuan untuk menghancurkan watak wanita baik

4. sebelum watak wanita dan lelaki bersatu akan terjadi banyak cubaan yang perlu diharungi.

selamat menonton.

No comments:

Post a Comment