Friday 22 June 2012

I N O V A T I F



sumber : google
Saya ada terbaca tulisan seorang blogger
Tulisan berkenaan evolusi trend tudung yang pernah dia pakai sehingga sekarang 
saya setuju dengan tulisan beliau cuma ada satu pernyataan yang membuatkan saya berfikir sehingga keesokkan harinya

Tudung Express, Instant Tudung, Tudung dengan hard awning, Tudung Ekin, Tudung Ariani, Pearl Haya dan pelbagai lagi nama yang juga mewakili brand tertentu. Tudung jenis ini telah meletus di Malaysia dan menjadi trend satu ketika dulu. seiring dengan itu para pengusaha tudung memang murah rezeki. semua orang nak beli tudung yang sama

berbalik kepada tulisan blogger tersebut, menurut beliau dia tak minat memakai tudung jenis ini disebabkan pendapat rakanya yang mengatakan tudung itu tudung negara seberang. Yer ker? uhuk [telan air liur]

Sumber: google



sama ada betul atau salah pendapat rakanya itu, jika kita meminati sesuatu fesyen tak perlu mempertikai ianya dari mana. apa yang penting fungsi tudung itu untuk menutup aurat. 

pada pandangan peribadi saya [belum ketemu hasil kajian tentang ini] fesyen tudung atau pakaian muslimah yang tengah IN sangat sekarang ni banyak pengaruh dari negara seberang. mungkin tak ramai individu yang mengakui pernyataan ini, terpulang kepada pendirian masing-masing.

tudung instant ni misalnya, tengah kita di sini hot dengan bawal mereka dah berfesyen dengan tudung ini. malah ada pengakuan my sis sendiri pernah membeli tudung jenis ini yang dijual di sini. ketika itu memang harganya sangat mahal. 

tapi para pengusaha dan pengamal fesyen di sini telah menjalankan inovatif sehingga menghasilkan tudung express yang boleh dikatakan versi Malaysia.

selain tudung ini, saya juga pernah membaca satu tulisan dari majalah karangkraf [tak ingat maka tak dapat quote lengkap] tahun 2008 tentang pengusaha baju atau blouse muslimah. yang mana perusahaan beliau berkembang bermula dari pembelian secara online baju muslimah dari negara seberang itu. bermula dari situ minat beliau untuk menghasilkan baju muslimah sendiri bercambah. sudah tentu beliau melakukan inovasi terhadap hasil rekaannya tapi ide itu tetap dari seberang.

suka atau pun tidak kita harus mengakuinya. bukan saja dari negara seberang juga dari japan, korea, mesir dan lain-lain negara yang mempunyai pengaruh fesyen tersendiri. sama kesnya dengan hasil-hasil rekaan 'inspired by'. mereka tidak malu untuk mengakui nya.
itu bukan meniru tapi menambahbaik
barang baru yang terhasil daripada pembaharuan hasil ide kreatif kita sendiri
kita tidak lari daripada itu.

so, jika kau suka maka katakan suka
peace!!



No comments:

Post a Comment