Friday 15 June 2012

my gurl 1st day

Hari ini merupakan hari kedua anak kecil itu saya hantar ke rumah "pengasuh"
disebabkan kesukaran untuk mendapatkan individu yang bersedia untuk bertugas sebagai pengasuh, maka saya mengambil keputusan untuk bertindak.

selama hampir 3 minggu anak kecil itu membontot saya ke pejabat, saya lihat dia sangat keletihan. balik rumah sebelah petang dia terus meluru mendapatkan barang kesayangannya yang seharian ditinggalkan di rumah.

semalam atau tepatnya tarikh 14.05.2012 saya buat pertama kalinya menghantar dia ke rumah isteri kakitangan sini yang tidak berkerja. sedikit maklumat tentang wanita ini. dari segi umur, wajar saya membahasakannya sebagai kakak. dia berasal dari Malaya, berkahwin dengan orang Sabah. Bila suaminya ditawarkan pekerjaan di sini dia mengikut suaminya berpindah ke Sabah dan kini menetap di sini. dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan anak perempuan saya. cuma dia lahir Januari sementara anak saya ni Ogos.

Hari pertama dihantar pagi tu, anak kecil ni OK. bila saya mohon jalan saya kena katakan padanya saya kena pergi dulu - mama pegi halau babi (kenal dari angry bird). So dia ok, angguk tanda mengizinkan mama nya pergi. jam 9.01am dapat sms dari kak tu, dia nangis. saya bagi tips dan ayat2 untuk bagi dia tidak menangis berlarutan. sepanjang masa dipejabat hari pertama tu, tidak ada sms lain yang diterima.

petang tu bila datang jemput, kak tu laporkan mereka berdua seharian tidak tidur siang. wah! main sangat lah nampaknya. almaklumlah keduanya juga pertama kali mempunyai teman sepermainan dirumah. bila bawa balik petang tu dia tak mahu naik rumah, dengan isyarat dan bahasa tersendiri saya faham yang dia hendak berjalan lagi. saya pun bagi dia masa untuk berjalan dulu. agaknya sebelum jam 6 petang tu kami naik dan mandikan dia.

lepas mandi ingat nak masak sebab plan nak bagi dia makan malam terus. dia dah mula merengek, tak mau ditinggalkan. gaya macam tu memang kebiasaan bila mengantuk. dia masi menyusu badan, maka saya layan kemahuannya. tidak sampai 10minit dia dah terlelap sambil menyusu badan. belum selesai telenovela Destined Hearts tu selesai dia merengek. saya dodoikan semula.

tidak lama dari itu dia kembali terjaga dan kali ini meracau. saya tahu dia mengigau. ini kali ketiga dia mengigau dan mengamuk seperti ini. lebih 5 minit saya tenteramkannya tetapi tidak ada perubahan. saya bawa ke bilik air dan basuh mukanya. tujuan ni untuk bagi dia terjaga. lepas mukanya dibasuh dia makin tenang dan lama kelamaan mula merapatkan badannya. sambil digendong saya bercerita perlahan ditelinganya. selepas beberapa ketika saya tatap mukanya, dia sudah mula tersenyum. tapi masih tersedu2 disebabkan tangisannya tadi.

pagi ini, dia menangis kuat tak bagi saya jalan. tapi saya terus berjalan pergi kerana kalu tak dipaksa perkara ini tidak berkesudahan. bila sampai pejabat saya txt kak tu. alhamdulillah dia tak nangis lama. dipujuk tengok babi (babi hutan) dan burung, ok lah dia.


No comments:

Post a Comment