Saturday 9 June 2012

untuk raya 2012

ah'ha. agak lama tidak kembali ke sini
dilema aku kembali lagi. balik dari bercuti tu ari aku kembali bertugas tanpa baby sitter
selama itu aku mengusung anak gadis ni ke pejabat. kadang-kadang tengok dia agak penat 6 jam di pejabat. tanpa barang-barang kesayangannya, dan lagi kerap di marahi bila pergerakkan tak tertib sikit.

Tukar cerita [nak nangis rasanya bila ingat pasal baby sitter ni]
Tahun ni, sebelum Mei berakhir aku dah mula berfikir apa tema hari raya tahun ni. cakap ngan hubby, seperti biasa dia tak kisah sangat dengan aktiviti memikir tema ni. malah dia cakap "erm, pakai ja baju tahun lalu". Aku faham maksudnya tu, baju melayunya kadang-kadang tak pakai. so next raya masih boleh pakai. lagipun, agak terhad pemakaian baju melayu ni. tak macam pakaian wanita, ke pejabat pun boleh digayakan.

kerana buntu dengan pilihan warna, saya tak tentukan tema untuk tahun ni. saya cuma nak cari match colour dengan anak gadis saya nanti. mungkin terlalu awal untuk mula shopping seawal Jun tapi saya tak mahu kelam kabut, dengan kerja dan bajet juga. InsyaAllah saya akan selesaikan sebelum Ramadhan menjelang.

saya nak cari baju kurung biru sebenarnya. tapi tak jumpa lagi yang sesuai. ada yang sesuai tapi saiz pula dah habis. saya shopping online jer. tak sempat la nak keluar ke mall. dah survey beberapa shopper. akhirnya pembelian pertama saya dengan DarissaCollection. Warna maroon pula yer. saya suka rekaan baju ni [minat saya simple sangat].

Saya juga ada request pre-order jubah ala kimono. tahun ni nak beli jubah pula rasanya. sebenarnya saya gemar dengan jubah cuma sekarang ni masih breast feeding [BF] jadi agak payah memakai jubah biasa. mujurlah ada jubah yang mempunyai rekaan yang memudahkan kerja BF ni.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment