Tuesday 24 April 2012

Aku Pekerja Terbaik.

Jam 11am tadi baru selesai basuh tandas pejabat. ruang tandas tak besar sangat pun. ruang besar untuk ladies ada 2 pintu, ruang kecil satu pintu untuk men.


hari sabtu ni giliran saya untuk bersihkan entrance and reception lobby. jadual setiap minggu tetapi ada 2 oarng yang bertugas so bergilir seminggu seorang kira ok la. tak perlu setiap minggu turun padang. weekend itu sangat berharga untuk saya touch up rumah. 5 hari berkerja tak sentuh langsung. penat da.

sebenarnya kamu sih kerja apa? kok buat kerja gitu segala?
Napa d tanya sih? apa kerja itu aneh?

Nah! dah bersih bukan
Ada tak sesiapa yang tertanya seperti mbak diatas. Nak saya ceta tak?
post ni saya terpikir masa basuh tandas tadi tu lah. sempat mengelamun lagi sambil nanyi lagu. seronok juga main air. 

dipendekkan cerita saya ni kerja dibahagian pentadbiran. setiap kali mengisi borang atau buat pengesahan sesuatu jawatan yang tertera ialah Pegawai Tadbir dan Kewangan. biarpun gaji tak seberapa tapi 'pegawai' dah tertulis dalam jawatan saya. heh!

ada tak mana-mana majikan yang mempunyai 'pegawai' yang buat kerja-kerja cleaning? cleaning untuk meja sendiri juga mungkin tidak. apa lagi membersihkan tandas dan entrance area - entrance to main office tu. ini kisah benar untuk pegawai ditempat saya, selain saya 2 orang pegawai lain juga bertugas membersihkan entrance area tu.

ini bukan post komplen, tidak puas hati atau yang seangkatan dengannya. saya dedikasikan post ni untuk penghargaan kepada diri saya sendiri, yang saya kira tidak ramai yang mengalami situasi seperti yang saya alami. kemungkinan juga tidak ada, malah rakan sejawatan saya yang lain juga tidak mengalaminya. 
apa yang saya berbangga sangat pasal ni? mungkin ada individu yang akan berpendapat seorang pegawai tidak perlu melakukan kerja tambahan sedemikian. Ya, saya juga setuju. saya setuju kerana kerja cleaning itu boleh jadi pekerjaan kepa pihak lain. kalu semua kerja pegawai nak buat, periuk nasi golongan ini akan tertutup. agensi cleaner juga akan tutup.

tapi tidak bagi tempat saya bertugas sekarang. disini tidak ada cleaner service. yang ada cuma cleaner dikalangan kakitangan kami sendiri. dek kerana bertimbang rasa dengan bebanan tugas mereka makan sebahagian kerja clening dipejabat kami kena buat sendiri termasuk main entrance dan tandas tadi. ini seperti kerja membersihkan rumah sendiri. pejabat ini, tandas ini, bilik ini sudah sebati dengan diri sendiri. perasaan sayang itu sudah bercambah. ruang ini, yang saya duduk sekarang ini adalah kawasan saya, saya bertanggungjawab menjaganya.

saya pasti 400% majikan saya tidak sedar akan hal ini. dia tak perlu tahu, dia tak perlu faham. InsyaALLAH sesuatu kerja yang kita buat dengan dedikasi yang tinggi akan memberi pulangan yang baik dikemudian hari. mungkin pulangan itu bukan dari segi wang ringgit, tetapi dalam bentuk yang tidak nyata, yang hanya boleh dirasai. saya sudah bertugas dengan organisasi ini lebih dari 5 tahun. saya telah melakukan kerja yang pelbagai, bukan kerana itu tugas saya tapi itu amalan bantu membantu. 

apa pulangan yang telah saya perolehi? saya kini memahami pergerakkan kakitangan yang saya pantau dari A to Z. saya tahu overtime yang kakitangan 5 jam sehari sah atau tidak sah. saya tahu kakitangan yang memohon pelepasan rehat sehari wajar atau tidak. saya tahu apa kakitangan buat dari jam 10am - 12.30tghari. kakitangan tahu arahan saya itu perlu dipatuhi. kakitangan tahu jadual yang saya susun itu perlu dituruti. kakitangan tahu saya tidak luluskan overtime kerana ada sebab. kakitangan tahu apa yang saya boleh tahu dan tak boleh tahu - pendek kata pengalaman mendewasakan kita.

terlalu banyak yang kita akan pelajari bila kita sendiri 'turun padang'. kadang-kadang semangat kakitangan bawahan juga bertambah. "wah! bos buat kerja macam kita". tidak semua bawahan mempunyai mentaliti seperti yang kita jangkakan. paling ideal kita tunjukkan contoh yang baik. pendidikan melalui teladan.

saya tidak pasti berapa lama lagi saya akan berada di sini. bukan kerana saya sudah bosan, kecewa dan tidak berpuas hati tetapi kerana fasa kehidupan saya kini telah berubah. saya bukan individu seperti 5 tahun yang lepas. saya sudah memikirkan saya sebagai individu lain untuk 5 tahun akan datang. saya sayangkan tempat ini. tekad saya, walau dimana saya berada kelak, dedikasi kerja saya tidak akan berubah. 



No comments:

Post a Comment