Friday 20 April 2012

konsert Mania 14.04.2012




Konsert Minggu kedua Mania pada 14.04.2012, Agak terlewat entry ini sebenarnya. Well tak banyak yang menarik pada pengamatan mata ini. Biarpun demikian saya tak mau komen panjang pasal tu. masing-masing ada penilaian sendiri

my favorite list untuk minggu lalu:

1. Adira [Kembang Perawan] - saya berpendapat Adira seperti minggu lalu menampilkan satu lagi potensi dirinya yang mungkin belum didedahkan sebelum ini. pemilihan lagu Kembang perawan ini bagi saya memberi impak kepada cara nyanyian beliau.

2. Shila Amzah [Kau dan Aku] - sesuatu yang berani dari shila apabila beliau sendiri mengakui lagu tersebut diluar genre kegemarannya tetapi dia menyahut cabaran dan apa yang baik ialah ianya menjadi serta memberi impak yang besar kepada penonton. sememangnya kita mahukan mania ini lain dari kebiasaan.

3. Jaclyn Victor [Matahariku] - lagu oleh Agnes Monica ini sangat kena dengan Jac malam itu. Lagu hebat dan popular dinyanyikan oleh penyanyi yang bagus sudah tentu hasilnya juga memuaskan hati. saya sangat puas hati dengan Jac malam itu. rasa macam kunyah chewing gum.

Calon kick out saya minggu lalu sudah tentunya Ebi Kornelis. Ya rabbi, vokalnya berterabur. Menyanyikan lagu Anak Kampung [versi asal Jimmy Palikat] membuatkannya semput. lagu tu range biasa saja. tapi Ebi ni lebih banyak beraksi ngeri berbanding menitik beratkan kualiti vokalnya. rasanya persembahan lawak group Zero dalam Raja Lawak 6 lebih menghiburkan. 

malang bagi Awi Rafael. Vokal nya konsisten namun ini adalah 100% undian sms. dia terkeluar bukan disebabkan tidak bagus cuma kalah dari segi undian sahaja. 

wish them gud luck for this week pula.

No comments:

Post a Comment