Monday 9 April 2012

Konsert Mania Minggu 4 - 07.04.2012

Konsert minggu 4 [pada saya ni konsert pertama] telah selesai pada 07hb April 2012. umum telah mengetahui Chaq dari empayar Aubrey Suwito telah terpilih untuk dikeluarkan walaupun pada pandangan peribadi saya, Chaq telah mempamerkan mutu vokal dan persembahan yang menghiburkan untuk lagu Lelaki seperti Aku.

Minggu 4, my Favorite list sudah tentu:

1.  Akim [Hey Jude]- Memberi semangat baru kepada lagu lama yang dibawakannya. Sangat segar. Akim berjaya melantunkan vokalnya yang menarik, meremang bola roma seketika.

2. Adira [Lagu untukmu] -pemilihan lagu dari penyanyi asal lelaki sesuatu yang menarik bagi saya. walaupun sebelum ini Adira sudah pernah beberapa kali menyanyikan lagi dari penyanyi lelaki namun ini tetap tersenarai sebagai Favorite list disebabkan gaya persembahan dan vokal Adira sangat menarik dan comel.

3. Atilia [Gadis Semasa] - Saya bukan peminat penyanyi Atilia tetapi persembahan untuk minggu ini berjaya meruntun hati ini. mungkin juga dipengaruhi oleh lagu yang dnyanyikannya tetapi apa yang pasti lagu ini sangat kena Atilia nyanyikan dalam versi berbeza dari penyanyi asal.

4. Hafiz [Someone Like You] - saya sangat menyukai lagu dan nyanyian Adele. Sangat tepat Hafiz memilih lagu ini, dengan prestasi tersendiri lagu ini diserikan lagi dengan kawalan vokal Hafiz sangat masuk ke jiwa.

5. Jaclyn Victor [Bintang di Langit] - Ini sesuatu yang berbeza yang pernah saya lihat persembahan dari Jac. dengan pentas Superstar Mania wajarlah penonton dihidangkan dengan persembahan yang superb dari artis terpilih.

Hot seat Favorite minggu ni sudah tentunya Chaq dengan lagu Lelaki seperti Aku. Dia bawakan lagu tersebut dengan bersahaja dan tersendiri. persembahan menghiburkan dan amat comel.

Lagu komposer Yuna dan Meet Uncle Hussien nampaknya mendapat pilihan terbanyak minggu ini. Lagu Gadis Semasa dan Bintang diLangit masing-masing dinyanyikan oleh Atilia dan Jaclyn Victor. Keduanya juga jadi Favorite list peribadi saya untuk minggu ini. Sementara lagu Pokok dan Lagu Untukmu pilihan adira dan Awi Rafael.

Untuk maklumat terkini, video, profile, picture klik http://www.mania.com.my

No comments:

Post a Comment