Sunday 15 April 2012

baby sitter wanted!

Dilema seorang ibu yang berkerja tanpa ada servis nurseri disekitar.

Rasanya situasi ini banyak dihadapi oleh para ibu yang berkerja, berkhidmat sebagai pekerja dan pada masa yang sama perlu membesarkan anak. Punya tanggungjwb yg besar kepada majikan, juga tanggungjwb kepada amanah Allah ni juga sesuatu yg amat besar.

Mungkin tak ramai yang berada pada situasi yang sama dengan saya. saya bukan perlukan maid, saya lebih mengutamakan baby sitter. saya perlukan baby sitter yang mampu menjaga anak gadis pertama saya yang kini berusia 1.8tahun. baby sitter itu perlu seorang yang sayangkan anak kecil dan paling penting sekali, tidak akan mencederakan si kecil.

Tak banyak pilihan yg saya ada. nurseri atau taska tidak terdapat disini. selama tempoh ini saya telah mempunyai 4 baby sitter bertukar ganti. salah seorang darinya isteri staff member sendiri namun dia terpaksa kembali ke kampung untuk special treatment sepanjang tempoh hamil. tahniah untuknya. kini saya menanti kehadiran seorang pengganti beliau yang recommended by ibu mertua c isteri yang hamil tadi. saya masih belum boleh menarik nafas lega kerana orangnya masih belum 'report duty'. mau nya nanti dia ubah fikiran, nak cari di mana lagi baby sitter yang lain.

setiap kali baby sitter bertukar, sayu sangat bila memandang muka c anak kecil ni. 2 daripada baby sitter yang lepas dia sangat rapat. seorang bertahan 2 bulan, dan seorang lagi 3 bulan. kelihatan seperti c gadis kecil amat terasa kehilangan baby sitter yang berkhidmat 3 bulan tu-actually she was my kazen. sementara menunggu result SPM keluar, mencari duit poket sendiri.

Apa yang saya sentiasa doakan, semoga anak kecil ini membesar dalam persekitaran yang baik, mental dan fizikal yang selamat serta saya sebagai ibunya tetap kuat dan bersemangat untuk terus mara kehadapan. setiap apa yang kita alami sama ada baik atau buruk, sedih atau gumbira semuanya sudah tertulis, dan akan lebih mematangkan kita untuk kehidupan yang mendatang. ya Allah, mohon kuatkan hati hambamu ini. Amin.

No comments:

Post a Comment