Thursday 12 April 2012

Zed Zaidi Vs ABPBH 2011


Umum telah mengetahui pemenang Bintang Paling Popular 2011 disandang oleh Aaron Aziz, seorang selebriti kelahiran tanah seberang Singapura. Umum juga mengetahui reaksi panas Zed Zaidi terhadap kemenangan tersebut. Bermula dengan komen melalui twitter, disusuli dengan beberapa komen di media yang lain.

Saya pula tidak mahu terlalu mengulas komen-komen abang ZZ kita. Pada saya itu mungkin cuma luahan perasaannya, keluhan hatinya, kecemburuan sebab tak pernah menang atau pun saja nak cetus kontroversi. Apa pun tujuannya, dia telah berada dalam situasinya ketika ini.

Saya berminat untuk menulis sesuatu tentang kejadian tersebut. Respon abang ZZ kita ni, sedar atau tidak sebenarnya lebih merujuk kepada pihak tertentu berbanding diri Aaron Aziz sendiri.

1. ZZ telah mengkritik wibawa Berita Harian sebagai penganjur anugerah ini. Yer la, dah ZZ komen pasal kemenangan yang disandang oleh selebriti bukan warga Malaysia, sudah tentu pihak penganjur terpalit dalam soal ini. Kalau tak kerana Berita Harian senaraikan nama Aaron Aziz sebagai calon pemenang masakan dia berpeluang untuk menang bukan. Makanya, jika itu jadi isu, tak perlulah tunggu sehingga pengumuman pemenang dilakukan. Selama setahun Berita Harian senaraikan nama para calon kenapa tak rujuk Berita Harian untuk gugurkan nama calon yang tidak sesuai tu.

2. ZZ telah menidakkan suara ramai rakyat Malaysia yang telah menghantar undian sehingga Aaron Aziz berjaya menjadi Artis Paling Popular 2011. Huh, ini agak bahaya sedikit. ZZ seolah-olah tidak menghargai kehadiran peminat industri hiburan tanahair. sedangkan kerana adanya individu ini maka para selebriti termasuk ZZ sendiri boleh mendapat sumber pendapatan. Jika sekiranya format ABPBH ni menggunakan kuasa juri, maka juri iaitu si polan yang mana bertugas pada hari itu boleh dikenalpasti dan seterusnya dibidas. Tetapi jika juri adalah rakyat Malaysia, secara langsung ZZ tidak menghormati penghargaan rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong golongan selebriti.




Pesanan orang-orang tua, kerana mulut badan binasa. Sebelum kita berkata-kata kita seharusnya berfikir kesan daripada apa yang kita perkatakan itu. Terkadang tanpa kita sedar, apa yang kita ucapkan itu menyebabkan kesan kepada pihak lain. Sepatah kata atau tulisan boleh diungkapkan kepada beberapa maksud yang lain. Cara yang terbaik adalah, jika melibatkan ketidakpuas hatian eloklah dibawah berbincang dengan tertib. Cara menghentam individu melalui laman twitter atau rangkaian lain tidak menunjukkan kita ikhlas untuk membetulkan sesuatu.

No comments:

Post a Comment