Wednesday 25 April 2012

Konsert Mania 21.04.2012

Minggu lalu konsert bermula jam 10.30pm disebabkan memberi laluan kepada konsert diraja sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agung [Daulat Tuanku]

seperti konsert minggu sebelumnya saya memang sentiasa teruja untuk melihat persembahan peserta yang masih dalam mania. my expectation is to see an unique presentation from them. kita biasa melihat mereka menyanyi atau biasa mendengar suara mereka di radio. so untuk mania ni mereka kena lah buat sesuatu yang lari dari kebiasaan, untuk tunjukkan kepada audien yang mereka memang layak berada di pentas itu.

untuk minggu lalu, favorite list saya ialah:

1. Hazama [Cindai] - rasa hendak menari dan bernyanyi bersama semasa lagu ini dinyanyikan oleh Hazama. rasanya pertama kali saya mendengar lagu ini dinyanyikan dalam versi berbeza, rasanya ini irama tango. pulanya yang menyanyikan lagu itu lebih kepada genre rock. memang menjadi percubaan Hazama.

2. Shila Amzah [Merisik Khabar] - lagu asal nyanyian Sudirman Hj Arshad ini biasa dinyanyikan oleh artis lain. sebelum ini Siti Nurhaliza pernah menyanyikannya begitu juga beberapa orang penyanyi lelaki lain. tapi bagi saya, Shila Amzah membawakan lagu ini dengan caranya sendiri dan saya suka. meremang bola roma.

3. Akim [Sedetik Lebih] - lagu nyanyian asal Anuar Zain ini diolah seperti lagu pupus, bak kata Aznil. Saya kurang pasti tentang itu. yang pastinya lagu itu santai Akim nyanyikan. sepertinya saya terlupa itu lagu asal nyanyian Anuar Zain.

4. Stacy [Goyang Inul] - Dangdut inul versi rock oleh Stacy. sangat-sangat menjadi dan bersesuaian. saya lebih meminat versi ini berbanding versi asal [hahaha]. Goyangan tetap ada walau versi rock. Suara Stacy menghidupkan lagu ini.

5. Jaclyn Victor [Lagu Bruno Mars - Tajuk lupa la pula] - seperti biasa Jac masuk dalam favorite list saya. Malah semua peserta lain hampir semua menamakan Jac sebagai pesaing hebat mereka. Tidak dinafikan kekuatan vokal penyanyi ini.

6. Hafiz [Karma] - Vokal jelas! itu yang saya suka dengan gaya nyanyian Hafiz. berbanding penyanyi asal saya lebih suka Karma nyanyian oleh Hafiz. penyanyi asal kedengaran seksa sangat nyanyikan lagu ni tapi sebaliknya Hafiz. sedap dan merdu. tidak hairanlah vokal terbaik dipegang oleh penyanyi ini dan mengalahkan penyanyi lelaki lain termasuk penyanyi asal Karma ini.

Minggu ini saya tidak mahu memikirkan calon kick out. tidak sampai hati rasanya menulis nama yang sama setiap minggu.

sekian.


No comments:

Post a Comment