Wednesday 11 April 2012

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Salam pagi
Hari ini saya sungguh tidak menyedari ianya hari kelepasan umum
saya hadir ke pejabat seperti biasa, tambahan lagi operasi pejabat dan lapangan tempat saya bertugas ni tidak sama dengan kawasan lain. di sini meskipun cuti, tetap seperti hari berkerja biasa
terkadang merasakan kami ni warga pekerja yang sangat dedikasi. amin

saya tertarik dengan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. saya belum mendapat maklumat lengkap tentang program ini namun dari kefahaman saya ia adalah satu program yang direncanakan dibawah Program Transformasi Kerajaan 2012

secara peribadi saya suka dengan konsep yang cuba ditawarkan dibawah program RMR1M atas sebab berikut:

1. Memberi peluang untuk rakyat memiliki rumah sendiri di atas tanah kepunyaan sendiri
2. Membantu golongan yang berpendapatan rendah dan amat sukar mendapat pinjaman untuk mendirikan rumah.
3. Bukan mudah untuk mengumpul wang dan dana untuk mendirikan rumah walau sekecil mana pun saiz rumah tersebut.
4. Rekabentuk rumah yang ditawarkan agak pelbagai

Saya membesar di kawasan kampung atau luar bandar dalam keadaan ekonomi keluarga yang sangat sederhana. apabila telah dewasa saya mula merasai kepayahan ibu bapa membesarkan anak-anaknya. melihat adik-beradik yang tidak mempunyai kewangan yang mampu untuk memberikan kemudahan asas seperti tempat tinggal untuk keluarga sendiri membuatkan saya berasa teruja dengan program seperti ini.

saya amat berharap saya boleh mendapatkan maklumat tentang borang dan prosedur permohonan ini. 

credit to Iqbalhakimi.com

No comments:

Post a Comment