Friday 6 April 2012

Terapi untuk mama..!

Salam

Saya hanya mempunyai ibu [saya biasa panggil mama] sejak bapa meninggal tahun January 2007
Bapa terkena jangkitan usus, yang asalnya gastrik. selepas bertahun gastrik yang tidak dirawat menyerang usus.

mama saya ada darah tinggi, diabetes. bila umur semakin lanjut penyakit mula menampakkan diri. sejak saya remaja saya memang tahu mama sakit-sakit sendi, tulang dan kaki. dia ni seorang ibu yang kuat berkerja, demi untuk menyekolahkan anak-anaknya.

saya bercadang untuk bagi dia menjalani terapi. tapi saya tidak begitu pasti terapi seperti mana yang sesuai. Saya sudah membuat perancangan dan saya harapkan niat ini akan menjadi kenyataan.

semoga saya mempunyai kekuatan dan semangat untuk berbuat sesuatu yang baik untuk mama tersayang.
doakan yer.


No comments:

Post a Comment