Friday 27 July 2012

ilham batik

google

Siapa yang tidak suka dan gemar pelahap Kek Batik atau Kek Marie. Rasa-rasanya semua orang tahu kenikmatan rasa kuih ini. satu ketika dulu bapa saya pernah gelar kuih ni Kuih Kaya - sebab katanya, Sudah pun siap-siap marie tu boleh dimakan, lagi dimasak jadi kuih lain. Walaupun agak asing dalam otak ni tapi layan jak lah bapa tu huhu.

Saya memang suka makan kuih ni, dan lebih suka sebab saya tahu menyediakannya. bukan apa, ada member yang tak lulus lagi buat kuih ni. saya memahaminya, ada part tertentu yang mereka tidak dapat laluinya, dan pada saya itu hanya boleh dicapai dengan usaha yang berterusan dari individu itu sendiri ahak!!

Batik marie koko sudah cuba, saya mencuba pula dengan kastard, hanya kerana ingin menghabiskan stok tepung kastard dalam simpanan. Not Bad! boleh dikatakan percubaan yang berjaya masuk kerongkong - kerongkong tolak means gagal huhu.

Lihat gambar: Kualiti agak kurang disebabkan hanya menggunakan kamera telefon.
Adunan ini kekurangan biskut marie - hanya itu biskut marie yang ada. Lain kali boleh cuba perbaiki lagi.

No comments:

Post a Comment