Monday 23 July 2012

bawal oo bawal

antara ikan bawal dan tudung bawal yang mana satu well recognizable?
jika saya mendapat soalan tu, sudah tentu saya jawab tudung bawal. ikan ni payah nak kenal kalau tak minat sangat dengan ikan haha.

2009


Tahun 2009, menyusun koleksi bawal printed sekaligus 7 corak. beli murah je sehelai waktu tu.

Tak pasti pakai berapa lama tapi yang pastinya pakai tak lama sebab saya beralih kepada tudung syria ekspress. so, tudung tu simpan, perap, mujur lipas tidak berumah.

pada ketika itu tudung ekspress dah mula in, kemudian diikut dengan Syria. pemakai tudung bawal jenis segi 4 ramai dah memakai tudung ekspress ni. nama pun dah ekspress, tak perlu lipat segala. sarungkan jer.




2012

Tahun 2012, tudung bawal kembali menganas " hijab lovers, im back!!". pelbagai inovasi telah disogok ke pasaran dan yang paling ketara cara pemakaian bawal 4segi ni.

saya kembali mencari koleksi lama dan praktikkan new approach ni. hasilnya boleh diterima dengan akal dan fikiran sehinggakan ada member yang menyangka tudung yang saya pakai jenis shawl.

kebaikannya ialah saya tak perlu bersesak di mana-mana untuk mendapatkan bawal printed itu. cukup hanya dengan mengubah cara pemakaian, bawal saya tampil menarik.


Pesan nenek " Jangan membazir"
saya kini boleh bermesraan dengan tudung 4segi semula
terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment