Friday 20 July 2012

pakat gelak

Seorang lelaki berwajah garang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat [aksi monerjun la tu gamaknya]. [lelaki ini fiil warga prihatin] Ia menghentikan motornya dan bertanya "Apa yang sedang kamu lakukan?"

Gadis itu menjawab :"Saya ingin membunuh diri!" [konpiden tahap cipan] Dengan niat memang untuk mengambil kesempatan, si lelaki berkata "Kalau begitu sebelum kamu melompat,berikan saya ciumanmu yang terakhir." [fiil lelaki gatal]

Tak banyak fikir, si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir,si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata:"Mengapa kamu ingin membunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti
ramai lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini." [ni bajet poyo]

Dengan sedih si gadis menjawab "Saya ingin membunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti wanita"

Jeng, jeng jeng, Alamak!
Kasihan lelaki itu. Agak-agak apa adengan selanjutnya:

A.Lelaki itu akhirnya terjun ke bawah jambatan
B. Lelaki itu muntah dan tak lalu makan seminggu
C. Tidak ada apa yang berlaku seperti A dan B 

No comments:

Post a Comment