Thursday 12 July 2012

saiz kecil, harga tinggi

Hi Moms, mama, ibu, umi
Bila shopping baju anak ni saya selalu buntu. Ni baru anak seorang, besok kalau dah bertambah lagi naik kebuntuannya. Kenapa saya buntu:

Saiz baju kecil tapi harga mahal dari baju mak budak 1. 
 Jumpa design cantik dan lawa tapi dah sold out pula 2.
 Shopping di mall penat; mujur boleh online 3.
 Seller kekadang letak harga boombastik, berbalik kepada no 1. 4.


Hidup sebagai individu yang sangat sederhana tidak memberikan tekanan yang kuat kepada saya
saya tak perlulah nak fikirkan pasal imej and branding; Huhu, orang luar biasa tentunya kena allocate at least RM1K/month untuk maintain imej mereka. yer ke?

Mujur saya tidak kisah pasal itu. apa yang penting anak saya mendapat pakaian yang sesuai dan selesa dipakai seharian. si kecil menghampiri umur 2 tahun Ogos ini, sudah pasti saiz badanya makin bertambah. Sebab tu lah mama ni sudah sakan shopping. 

Saya biasa melihat pakaian kanak-kanak pada range harga RM25 - up RM50/ set. biasanya jeans pants sangat mahal. sememangnya ia nampak bergaya apa lagi bila model  kecil korea, china amat comel memakainya. memang tak tahan tengok, rasa sangat ingin memilikinya. berbanding membeli pakaian untuk diri sendiri, saya terpaksa berfikir beribu kali sebelum confirm beli pakaian anak ni. saya tak mahu membazir.
uhuk!!
murah ni!
apa yang saya lakukan, saya cari pakaian alternatif sama ada:
1. Pakaian bundle
2. Pakaian brand biasa yang mempunyai kualiti yang tidak kalah dengan pakaian dengan label hebat.

Tak percaya, gambar di atas cantik tak? saya dapatkan dengan harga RM15 - RM27 sahaja termasuk postage. comel dan lawa!  

No comments:

Post a Comment