Saturday 28 July 2012

iN TREND

Hari ini saya hendak berkongsi 2 perkara yang saya suka dalam hal ehwal berhijab. kita sedia maklum trend sana sini, pelbagai fesyen tudung dan peragaan yang memberi inspirasi kepada setiap pemakai tudung termasuk diri saya sendiri.

Lihat gambar: Perkara 1 yang saya suka ialah inner ala turban ni. saya dapatkan 2warna dari Aked Tudung. 
Gambar layer 2 aka tengah ialah fesyen sebenar inner tu. sementara gambar layer 1 dan 3 tu saya pakai terbalik pula. kedua-dua pun tampak selesa. oleh itu saya boleh mengayakan keduanya. setuju tak?

turban inner

Lihat gambar: Perkara 2 pula adalah cara pemakaian shawl. masih lagi dengan tema turban, memberi gaya baru untuk saya mengayakan shawl sama ada pashmina, sifon atau cotton. gaya ini diilhamkan dari calaqisya [semua orang tahu ni]. dengan kedua-dua perkara ini saya amat gembira berhijab setiap hari.

shawl ala turban 

No comments:

Post a Comment