Wednesday 4 July 2012

saya sayang adik

Lebih kurang 20 tahun yang lalu
seorang kakak pernah terjun dari trak landcruiser yang sedang bergerak di atas jalan raya disebabkan seorang adik perempuannya tidak bersama dalam kenderaan itu

sumber: google
di satu perkampungan diluar pekan daerah Ranau Sabah
kanak-kanak ke sekolah perlu melalui perjalanan 4km jalan berbatu
tidak ada kenderaan seperti bas sekolah
mereka berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah

satu hari adik ni baru mendaftar masuk sekolah darjah satu
kakaknya masa tu nak ambik UPSR
satu petang balik dari sekolah, kakak balik lewat dari jam biasa kerana ada acara petang
sewaktu keluar dari pintu sekolah satu kenderaan yang bergerak balik ke kampung menumpangkan kakak dan rakan sebayanya

lebih kurang 30minit perjalanan kenderaan itu melewati sekumpulan kanak-kanak sekolah yang berjalan kaki balik dari sekolah. salah seorang dari kanak-kanak itu adalah adik kakak itu sendiri
kenderaan yang dinaik kakak itu tidak dapat berhenti dan menumpangkan kumpulan kanak-kanak itu kerana muatan kenderaan telah penuh dan sesak

sumber: google

tanpa disangka c kakak ini telah terjun dari kenderaan itu
mujur kenderaan itu tidak bergerak laju kerana faktor jalan yang berbatu serta muatan yang berat
hanya lutut dan lengan ada calar sedikit selepas penerjunan berani tersebut
esoknya isteri kepada pemandu kenderaan itu telah menegur kakak itu dengan cara baik, dia berpesan jangan mengulangi tindakan itu kerana sangat berbahaya




kenapa tekad untuk terjun?
si kakak tidak sampai hati melihat adik kecilnya berjalan kaki balik sementara dia menaiki kenderaan. bila berjalan bersama dia boleh menjaga adiknya dari sebarang kemungkinan

Nota:
Nak gelak pun ada bila teringat kisah ini. sedikit malu kerana tidak berfikir panjang.  

No comments:

Post a Comment