Tuesday 10 July 2012

s.m.s sentap

Sorry. kereta rosak, kena masuk bengkel. tak sempat siap

So, saya ambik flight balik la tu kan? Naik bas ok juga tapi kalu saya ikut bas tolong maklumkan sesiapa yang ikut balik cuma 1 (satu muatan) Boleh kan?

Ok. terserah kamu naik apa. staff ramai turun ni kemungkinan yang akan ikut naik lebih dari seorang. Apa kaitan naik bas dengan jumlah muatan?

Tak faham la ko ni. Kalau saya naik flight saya tidak kisah berapa pun penumpang tetapi kalau saya naik bas, penat so saya nak tidur dalam perjalanan. Beg saya tu saya simpan belakang, kerusi pun saya undur ke belakang skit. Saya tak kisah cuma mereka kena bersedia duduk dibelakang dengan keadan yang sempit. saya cuma tak mau mereka fikir, mentang-mentang saya pegawai saya boleh berbuat apa saja.

Kalau  kebetulan tiada staff yang nak ikut tidak menjadi masalah. tetapi jika sebaliknya tak kan pula  kio tak bagi ikut disebabkan ko nak tidur.

Hai, patut la. satu saya perasan kamu ni fikiran sangat sempit. sebab itu la saya maklumkan awal supaya kamu boleh maklumkan kepada staff bahawa kereta berkenaan penuh. atau kalu nak ikut pun kena berhimpit,  tidak perlula bagitau mereka kereta sempit disebabkan saya  nak tidur. haiyaaa

Cuba ko fikir. tarikh kereta naik  direkodkan sebagai "penuh". Staff akan bertanya, siapa yang ikut kereta ni hingga penuh. bukan ka cuma mr XX yang ikut naik? masih ada kekosongan 3/4 orang. Ko rasa apa yang akan saya jawab kepada staff yang bertanya itu?

ok. sekarang ko faham ka tidak ni? the point is bukan saya tk mau bawa staff sekali tetapi saya maklumkan kalau nak ikut  cuma 1 orang, atau kalu ramai pun tidak menjadi masalah cuma kena bersedia dengan keadaan yang berhimpit. ayoo, tolong lah faham.

saya faham. tapi jika itu adalah point ko maka tidak perlulah ko request hal ini sbl ini. rujuk sms ko sebelum ini -  kalu saya naik bas saya nak 1 orang penumpang sahaja. itu saya faham, cuma saya tak mahu jawab Ya -   sebab  saya tak mahu selepas jawab  Ya, tetapi  sebaliknya  berlaku tentu ko akan komplen, dah maklumkan/ request awal pun masih juga tidak tepat.
jika sekiranya ko tak kisah maka tak perlulah request sebegitu kerana kita sedia maklum keadaan pengangkutan sebegitu. tidak akan sesiapa komplen jika berada dalam keadan berhimpit. jika keadaan sempit pun maks cuma 5 orang tidak lah sampai 10orang sekali jalan

ko tdk baca habis sms saya tu. di belakang saya tanya sama ada boleh atau tidak. cuba ko baca balik kecuali ko sudah delete. maksudnya saya tanya kalu boleh baguslah kalu tidak ok je. lepas tu ko tanya apa sebab saya mau 1orang saja ikut, saya bagitau lah ko sebab saya mau rest. sepatutnya cerita tu sampai sini shj sebab ko boleh decide sama ada boleh atau tidak. sepatutnya mcm gitu tapi ko sengaja mo marah saya..

memang lah saya tanya panjang  lebar sebab saya nak clear. bukan pasal mo marah ko. saya mahu benda tu jelas sebab sebelum ni tidak ada orang lain yang req sepertinya. bukan sebab saya tak faham. baiklah, saya akan tanya orang lain apa pemahaman mereka dengan ayat ko ni

hah!..tidak mau mengaku kalah ko ni. kalu ko baca semula sms tu saya ada tanya boleh atau tidak. jawapannya simple je, YA atau TIDAK. tapi ko tanya banyak sebab tu lah saya bagitau. tapi still jawapannya sama ada ya atau tidak. ko cuma bagitau saya tidak boleh sebab ramai staff yang akan ikut biarlah bersempit, mereka faham saya pun faham. tidak perlu bagi clear hingga keluar tajuk.

memang saya tidak mahu kalah sebab saya tidak puas hati. ko tahu atau tidak makna Ya dan Tidak? kedua jawapan itu perlukan penjelasan. untuk keduanya saya tidak jelas, maka itu saya putuskan "atas pagar" sebab tu lah ko tidak dapat jawapan yang ko mahukan. tapi kalau kau nak sangat jawapan, sya jawab Tidak. walaupun ko naik bas, penumpang tetap seperti biasa.

ha...memang ko tidak faham ni. tak apalah yang penting saya faham

belum tentu lagi yang ko faham tu betul. saya juga boleh kata yang saya faham

after blah blah blah......
dia simpulkan saya ni berfikiran sempit,  dia anggap yang sya korek tu remeh temeh,  tidak mahu mengaku kalah....

No comments:

Post a Comment